Sunday 16 July 2017

Syawal 1438 H

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum


Sebenarnya post ni dah ditaip pada 7 Syawal tau. Hari ni dah 22 Syawal. So baca je la dehh.


Alhamdulillah akhirnya kita beraya juga setelah sebulan berpuasa. Han enjoy betol raya seminggu sakan sakan tau. Sebab tu lewat siket update hihi. Yelah, nak beraya sebab habis puasa dan juga beraya sebab setel order popia yeay! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.


So, raya tahun ni macam biasa 1 Syawal berkumpul umah nenek. Tahun ni sume beraya kat Mache kecuali Mok Cik la yang memang tak beraya dkt Mache sejak sekian lama. So bergambar memang meriah sungguh lah. Tu pun masa sume tengah bergambar family Pok Ngoh yang belum sampai. Pok Ngoh sampai pun tgh hari dah. So memang tak turun bawah dah la sebab panas. Lepas setel kt umah nenek p beraya kat umah tok sdara Han yang tengah sakit. Lepas tu beraya kat umah kakak nenek aka tok sdara Han jugaklah sebelah rumah Han. Lepas tu balik umah. Petang tu one of BFF Han pulak datang beraya kat umah sbb dia kata entah bila blh jumpa lagi. Dia dtg umah mkn kuih kuih popia brownies yang Han buat. Hmmm beliau terus tempah brownies nak ambik pagi esok dan popia juge sbb ada satu yang Han buat tu katanya nak bank in tapi tak bank in sampai ke sudah. Petang camtu Han dan len len turun umah nenek balik untuk dinner terus lah. Makan rendang nasik impit. Maghrib camtu balik umah bahan nasik dagang pulak. Hihi. Okaylahh layan lah gmbr 1 Syawal dulu yee.

My small family. Han Abengoh Kak Cik Amsyar Umi dan Aliff

Free style gituuu

Poksu la ni amik gmbr curi curi. Baru nak selfie dengan Uwais

Mok Nik dan sebahagian anak anak saudaranya

Gambar paling win raya tahun ni. Yang takde cuma family Pok Ngoh yang belum sampai dan Mok Cik yg beraya di Sabah

Atok dan nenek berserta sebahagian cucunya

Potret family latar belakang sawah padi

Bunga Noraini dtg beraya kat umah

Kite pulak peluk dia

Han Mok Nik Atok dan Nenek

From left: Han Humaira Mok Nik Pok Su Amsyar dan Aliff

Pak Andak Safiyyah Mak Andak Mok Nik Han

Girls in the family Kak Cik Umi n Han

Nasi Dagang Kuih Raya Air Oren 

Makan makan time

Makan lagiiii

Bila cameraman lambat, kita selfieee duluuu.


2 Syawal macam biasa pegi ziarah kubur arwah ayahanda Han di Kampung Raja. Kali ni, rasa sayu sangat pegi ziarah pusara arwah ayahanda. Terasa terlalu ingin berada di dlm dakapan seorang ayah. Kerana seorang ayah pastinya tidak akan pernah menyakiti hati anakandanya. Allahurabbi, aku rindu. Kau jagalah dia di sana dan tempatkanlah dia dalam kalangan orang yang beriman. Setelah itu, kitorang pegi umah nenda. Jumpa pak sdara maksdara pulak. Alhamdulillah nenda baru je keluar hospital sebenarnya tika itu. Moga kesihatan nenda semakin bertambah baik. In shaa Allah aameeen. Oh lupa pulak. Sebelum pegi Kampung Raja umi singgah umah sepupu umi. Dia wat makan sate. Alhamdulillah tercapai jugak hajat dan hasrat untuk makan sate. Yeay! Lepas ke umah nenda ke umah mak sdara pula dkt Bukit Bakar. Singgah camtu je sebab lepas tu gi umah sepupu umi lagi. Rapat sampai zohor berderat hari itu. Alhamdulillah eratkan silaturrahim gituu. Ptg tu duk kat umah je. Raya ke 3 pun duduk kat umah je.

Jalan nak ke umah nenek belah arwah ayahanda.
Han pakai lipstick Always Apricot Mary Kay 


Raya ke 4, majlis sambut menantu kat umah classmate masa skolah rendah + sekolah menengah. Faizal abd kadir or Buja. Malas nak explain banyak tapi selalu dengan dia lah gaduh dkt padang kawad masa skolah menengah. Han gaduh jalan start kanan dia start kiri. Han kan Puteri Islam papepun mestilah kanan dulu. Gitu je la gaduhnye, biasa biasa persaingan yang sihat org kata. N that day Han of course lah pegi dgn girl frens gituu. Geng Han yang sampai dulu. Lepas tu Aisyah Rusdi n then geng lelaki. Alhamdulillah dapat juge brkumpul walaupun tak semua ada. Tu pun dah buat Buja cukup terharu katanya. Hehe. Lepas amik gmbr sume dengan Buja kitorg pegi umah Nazirah pulak sbb umah Nazirah dengan Buja dekat je. 3 jag air oren Nazirah buat hari tu duk berbual dgn diorg ni sume. N dgr khabar ramai classmate lelaki yang nak bina masjid tahun ni. Alhamdulillah. Han? Han tunggu je lah. Kalau tak di dunia in shaa Allah di syurga Allah nanti. Aameeen. Kol 6 baru balik hari tu. Puas hati molek dapat reunion balik geng SPM dolu dolu. Next wedding of course next reunion. Alhamdulillah atas kurniaan hidup yang gumbira ini. Malam itu pula makan makan dekat umah Mok Long. Makan mee hailam dengan mee hoon goreng. Balik terus tidur ngantok sangat sebab penat. Heee. Okay layanlah gambar dekat wedding Buja ni hah.

Kesemua classmate sekolah menengah yang hadir. Tapi masa ni Aina n Tila tak sampai lagi

Selamat pengantin baru Buja n wife

Lepas raya umah Nazirah baru ada Aina n Tila
Bila gelak tak ingat dunia. Pipi ohh pipi. 

Baru boleh amik gmbr baik baik. Nak p kenduri nek kete dgn diorg la kecuali Nazirah yg belakang dua dari kiri. Heee

Kalau dah jumpa bertiga ni haruslah selfie. Sayang dedua muahhh


Raya ke 5 takde ke mana pun. Duk kat umah je. Disebabkan esok tu birthday adik lelaki Han abengoh dia request nak makan pavlova. Buat lah pavlova. Tapi tak jadi sangat pun haha. Tak tau teknik yang mana yang tak menjadi. Tapi takpelah. Rasa tu ada. Nanti kita cuba lagi lain kali in shaa Allah. N buat kek coklat juga sebab nak bawak pegi umah Pok Ngoh. Esoknya tu nak buat mkn mkn kt umah Pok Ngoh. Malam itu Han n Kak Cik pegi tidur umah Mok Ngoh sebab nk tolong tolong masak la kan. Ni Han belanja gambar pavlova yang tak berapa jadi haha.

Broken Psvlova tapiii habis jugak hehehe


Raya ke 6. Mok Ngoh masak mee hoon soto. Han buat bergedil tp tulah tak pandai nak control api tapi jadi je malah sedap lg. Geng lelaki datang umah Mok Ngoh lepas semaye Jumaat. Ohh pagi itu Han makan nasik lemak. Pastu pegi umah mak Mok Ngoh hantar makanan dekat mak nye. Lepas tu masuk pasar cari budu bla bla. Balik umah terus on dgn bergedil. Lepas tu umi Mok Long Mok Nik Nenek datang. Petang tu makan nasik dengan ayam bakar ikan tawar cicah budu ulam sayur betik yum yum. Lepas tu layan Baby Boss dengan cousin cousin. Lepas semayang asar baru makan mee hoon soto. sebab Han tak berapa suka sangat Han tlg bubuh air je lah dekat diorg. N kalau nak tau kek coklat Han awal awal lagi habis. Sebelum angkat mee hoon soto tu dah habis dah. Isy isy isy. Sebelum balik amik gamabr lahhh apaaa lagiiii.


Sebelum balik, selfie duluuu



Okay rasanya sampai situ dah raya Han. Masa duduk kt umah Pok Ngoh hari tu pagi Jumaat tu Pok Ngoh cerita apa yang ustaz cerita dekat masjid pagi tu. Ustaz kata NASA meramalkan yang ada meteor akan jatuh ke Bumi. N memakan masa setahun untuk hilang dia punya asap. Ada sesetengah Negara tu dah buat tempat bawah tanah untuk preparation kehidupan kalau terjadinya ramalan NASA itu. Antara negara yang dah buat sume tu Singapura Australia etc. Diorang siap dah prepare bekalan setahun makanan n segalanya lah kut. Lepas tu kalau ada satu meteor besi yg namanya sidrin ke apa tahhh tp dia ni memang akan buat sume alat telekomunikasi tak berfungsi, kenderaan sume tak berfungsi sebab yelahh dia akan jadi macam magnet yang akan tarik sume tu. Allahuakbar. Kita pun tak taulah saat itu tika itu terselamatkah kita. Ustaz tu kata lagi kalau jadi saat itu kita kena masuk umah tutup sume pintu tingkap duk dlm bilik masuk dalam selimut dan baca Ya Quddus Ya Quddus. Bumi kita dah tua. Hayatnya dan nak sampai ke penghujungnya. Semoga kita semua tergolong dlm golongan yang tidak lalai dgn dunia. Han pesan untuk diri sendiri dan semua. Kerana, sampaikan dariku walau sepotong ayat kan. Maka, sentiasalah berbuat baik setiap masa semoga kita pergi dalam Husnul Khatimah, diberi kesempatan untuk bertaubat dan dikurniakan syurga di sana kelak. In shaa Allah aameeen. Semoga ketemu lagi nanti andainya panjang umur. Wassalam.