Sunday, 28 July 2013

Demam + Batuk

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum. Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.


Haih. Maafkan Han dlm 2 hari ni x update blog tau. Han xda mood. Mood x berapa hokay. Kalau mcm ni rasanye blh dpt darah tinggi. Adeshhh. Mau x dpt, adik adik buat hal x tentu pasal. Hari hari mesti diorang buat hal. Hari hari mesti nak kena marah diorang. Diorang gurau hape entah. Han x boleh bising bising. Konpem ar diorang kena marah. Jgn ingat Han ni x garang. Dorg memang dah selalu kena marah dgn Han tapi kekadang x kena jugak. Melawan g ado la.


Masa awal awal balik cuti dip hari tu, Han yg byk duk marah dekat adik 2 org tu. Umi pun ckp, kalau mcm ni, Umi x yah lah marah marah. Kak long ada nak marah dorg tu. Adeshhhh. Hemm, ye la tu. Han sebenarnye demam ni. Nak dekat seminggu dah. Bukan demam saje. Batuk sekali. Selsema pun ada cuma x kuat sgt la. Hari tu ada lah duk bersin dlm 2 hari jugak.


Hemm, Han x da story pun senarnye. Ptg ni Han nak pegi print segala jenis dokumen tu. Lepas tu esok Han nak pegi Machang. Esok nak kena buat appointment dulu nak wat medical checkup sbb Han dah tanya kawan Han. Dia ckp dia dah buat n lau nak buat kena wat appointment sbb loni ramai nak wat medical checkup. Memang lah kan. Sbb budak budak nak masuk degree ramai loni. Humph. Lepas tu, Han nak pegi bayar yuran belajar jugak.

Yang Han duk pening sgt sekarang ni, nak duduk dekat mana bila dah sampai sana. Han pegi dgn Papa. Memanglah sementara nak tunggu 9 sept tu dah ada homestay papa tempah cuma selama Han belajar dekat sana, nak stay dekat mana. Han dah buat rayuan kolej. Harap harap dapat lah. Entahlah, terlalu byk bnda yg difikir sampai mood sume dah hilang.


Okeylah, Han got to go. Daa~

Wednesday, 24 July 2013

Abengoh was 17

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum. Allhumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.



Okeylah, ni cerita lama dah. Lama dah duk dlm draft. Tapi sekarang baru nak cerita. Haha. 29 Jun 2013. Bangun pagi tu, Abe bgtau Han, Kak Long, Comel beranak dah ! Hah? Blurr lg. Han pun gi dapur, tgk ada bakul n 2 ekor anak kucing. Sekor tu memang sebijik mcm Comel. Dia punya tompok tompok atas kepala, kaler dia sebijik sama. Lepas tu, tgk sekor lagi, hitam seluruhnye. Mak oiii, sape bapak dia ni ? Rasanya yg selalu dating dgn Comel xda warna hitam pun. Ahh, lantaklah. Tp aik, mana sekor lagi. Jalan jalan ke luar, Comel dah simpan anak dia di tempat yg strategik. Maka x sempatlah Han tgk anak dia yg sekor lg. Umi kata anak dia mcm yg selalu duk date dgn Comel.


Comel tgh nyusu anak anak dia.
Dari kiri. Bella, Binda n Black

Sekarang, ketiga-tiga anak Comel dah pandai makan. Alhamdulillah. Semoga mereka dpt survive n membesar dg cepat walaupun tanpa ibu diorg. Tp Han sedih jugak lah sbb Bella asyik cari susu ibu dia je. Bella paling kecik setakat ni sbb dia mkn sikit je. :(


Ptg tu, Umi ajak pegi sekolah Abengoh sbb esoknye, 30 Jun befday Abengoh. Mula mula kitorg pegi Mache dulu. Umi beli KFC n beli kek yg dah dipotong 2 potong. RM5 setiap satu. Umi beli kek peach n blueberry cheese. Yummy ! Padan beli kek potong je lah baru lah habis cepat. Niyh beli sebutir kadang kadang x habis pun.


Kitorg sampai skolah abengoh dlm 3.15 gitu. Janji dgn Abengoh 3.30. Lepas tu, ternampak Abengoh turun dari tangga, Han pun lambai lah dia suh turun. Dia pulak wat muka blurr gitu n angkat tgn mcm suruh tunggu gituuu. Pastu, dia turun n come to us. Dia bg 3 bijik buku rujukan dekat Han, dia ckp cikgu kata, buku ni salah format, x yah guna. Kena bawak balik la.


Duk bual n makan makan dalam sejam gituu, kitorg pun balik rumah. Duduk dukduk rehat rehat, Han pegi basuh kete pulak. Okeylah. To Abengoh, Hepi Belated Befday. Semoga menjadi hafiz yg Berjaya n gud luck in your SPM. In shaa ALLAH.




Sunday, 21 July 2013

Comel Passed Away

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum. Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.



I guess this is going to be sad. But I am trying to not cry. It was too hard to accept that Comel is gone ! Yesterday, me and Umi went to hospital because Umi want to take her medicine. There were only me n Umi went to Machang. My younger brother and sister was at grandparent's house. After that, we were going to bus stand near the traffic light to find baju raya. Yeah, we find that and we also bought tudung together. Me and Kak Cik will be wearing the same clothes and tudung on this 1 Syawal.


After done buy this n buy that, we were going home. We stop at nenek's house first and then, we back home. Near to our house, Umi shout, " sapo tu tergolek tepi jalan ? wey la Comel !" Umi's eyes were wet. Yes, me too actually. Comel's eye were still opened n its body were hot. Umi said that it just happened. Not a long time. I was sad. Truly sad. Blood was surrounded near Comel. Its nose and mouth were full of blood. I'm crying now. :'(


At that time, I want to shout, "Wey, sapo langgar Comel aku ni ? Tau dop, Comel ado anak kecil." But I know, no one will hear it. No one will admit it. I thought that car or motorcycle must be very fast n hit Comel. N after we see Comel, we go to home. My eyes watering. I was sad when thinking of Comel's kitten, Bella, Binda n Black. Will they survive without their mummy ? They were crying, shouting all the day calling for their mummy to have meals. I was really pity when looking for them. They cannot drink the milk that Umi make and they even do not have strong teeth to eat rice and fish or their whiskis. :'(


Bella really reminds me to Comel. because Bella is really like Comel. Its fur and the tompok chocolate and black on its head was really like Comel. I hope they can survive. I was really hoping. I just cannot accept and if I were a forensic student, I really want to find the person that hit Comel. I want to teach that person and tell them how much Comel were meaning to us and its kitten. Yesterday was the most saddest time when breaking the fast. n this morning was the saddest time during sahur. The kittens keep calling their mummy. :'(


Comel was always in my room actually. Together with the kitten. They play here. N whenever I enterd my room, Comel must meow. I didn't know what does it want. Is it it can feel that it will be going to die and ask for our help ? Everyday, I must hug Comel. But yesterday, I couldn't. I couldn't hug Comel anymore. I'm crying again. Ususally after I perform Zohor prayer, I go to the living room and take Comel. Hug it until it can go away from me. I love to do that everyday. Even it wants to run away from me. I have never been sad like this when losing any cat in this house but Comel brings us so much meaning to us.

Semoga bahagia di Syurga. I miss you so much, Comel !

Saturday, 20 July 2013

AS201 :UiTM Jengka

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum. Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.


Salam 11 Ramadhan 1434 H. I guess entry hari ni akan jadi panjang sepanjangnye sbb Han nak cerita tentang apa yang terjadi kelmarin dr pagi sampai ke malam.Well, korang tau kan, result kitorg dah keluar kelmarin.


Okay, pagi kelmarin, Han n sume dlm rumah ni bersama Mok Nik pergi ke Tanah Merah utk mencari baju raya Abe, Adik, Han n Kak Cik. Lepas tu, Umi nak beli barang barang utk baking. Pergghhhh, mcm meriah je raya tahun ni. Hihi. So, dlm 9.30 gitu, turun la pegi umah nenek. Han bawak kete. Yeehaaaa. Kak Cik kato, aloh, slow nye Kak Long bawak keta. Dlm kg, mana blh bawak laju laju, banyak lubang. Nasib baik Han xda selisih dgn sape sape pun kelmarin. N Han selamat sampai dkt rumah nenek. Jyeahhh !


Lepas sampai rumah nenek, snap pitcha ! Hahaha. Mcm xda keje laen je kan. Sbnrnya memang xda keje pun. Xdala, sebenarnya, Kuya, Han punya kezen nak gmbr full Han, nak tgk staro mana Han kurus. Wakaka. Layan kan ajelah. Lepas siap snap snap, tepon jem pulaks, tp bergetar. Lepas tu, another fon ringing. Han pun tgk, eyh baby ni !

Baby : Assalamualaikum, Ibu.
Han : Waalaikumussalam, by.
Baby : Ibu, hari ni ke kuar result kita ? Ibu check dah ke ?
Han : Ha'a. Belum check lg, pukol 12.30 karang
Baby : Ouh, okay, nanti dpt result kabo la deh.
Han : In shaa ALLAH, by !


Sebenarnye, byk lg benda laen hok bok nye, tp yg tu lah yang penting. N then, kitorg pun pegila ke TM. Tempat pertama yang dituju adalah ke Pantai Timur. Umi nak survey baju Abe n Adik n barang barang baking. Adik n Abe mcm biasala, kalau pergi supermarket, harus dah pergi tempat mainan. Han follow je lah diorang. Lepas tu, diorang beli lah jugak. Adik amik cooking set. Ada periuk nasik, dapur gas bagai. Hadeh, mainan pempuan. Abe pulak beli transformer. Han lah yang kena bayar dulu. Isy. Kak Cik ckp, Umi ada kat bawah, tempat makanan.


Turunlah kitorg ni, cari punya cari x jumpa. Tgk telefon, ada 2 miss cal Umi. Mak aihh. Han pun kol balik. Umi ckp, Umi duk tempat barang baking la. Tingkat 2. Han pun naek semula. Masa naek tangga, Han tgk seseorang yg mcm Han kenal. Eyh, mcm Peja niyh.

Han : Eyh, Peja.
Peja: Ouh, Putri. Check doh ko result ?
Han : Mana blh check lg, pukol 12.30 karang. Peja mintak jugak ke ?
Peja : Ho la, tgh tunggu result jugak ar niyh.


Han pun teruskan perjalanan n at last sampai dekat Umi. Umi duk maen dekat brg brg baking tu. Han tanya, aik, Umi wat kuih dah ? Umi nak tanya pendapat je bena. Pas tu, Umi gi bayar. Pas tu jumpa pulak dgn Peja, dia htr brg dekat tingkat tu jugak la.


Peja : Kena check pukol 12.30 ke ?
Han : Hola
Peja : Patotlah check td dia kata tidak berjaya. 
Han : Hadoi laa. Haha. Yang amik 1 subjek ai tu cam ne result ?
Peja : Ouh, intersesi. Habis dah.
Han : Yela, result nye cam ne ?
Peja : Boleyhla. B+
Han: Okelah tu, CGPA berapa? 
Peja : Xsampai 3 pun. Putri ?
Han : (Buat muka dulu). 3.*0
Peja : Umh, malas eh kecek pasal ni.
Han : Haha, xpolah deh
Peja : Ok, nk gi letak brg pulak ni
Han : Beres.


Lepas siap bayar sume, kitorg pun pegi dekat area yg pasaraya Adam tu. Ada yang bukak kedai tudung baju kurung semua seberang Pasaraya Adam tu. X jumpa jugak baju raya Han n Kak Cik.Kesimpulannya, memang kitorg je xda baju raya lagi. Uwaaaaaaaa. Dlm 12.40 gitu, Mijah n Tikah duk tanya result Han dah. Han ckp belum check lg sbb duk dekat TM. Pas tu diorg tanya cam ne nak check. Han pun bgtau je la.

Han sampai rumah, Kak Cik n Umi sibuk nak tau result ni. Papa pun keep asking th same thing. Okey la okeyla. Kak Long pegi check. Tp, Han pegi bukak FB dulu, tgk org lain dulu. Perghhhhh. Tgk org len cam best je. Baru Han bukak Han punya. Inilah keputusannya.

Nama : T.........
IC: xxxxxx
Kursus : AS201- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Biologi
Kampus: UiTM Kampus Jengka


Perghhh, jauh kut. Dulu papa ngajar kat sana before Machang. Dia ke dalam sikit laaa. Hemph. Yang sedeynye, kolej x disediakan. Lagu mane ni ? Hemph. Lepas tu, Han pun text la Tikah bgtau dia dpt kat ne.



Tikah : Oo, tahniah la belako. Emm, put. Saya dpt makmal perubatan kat puncak alam
Han : Tahniah, tikah !
Tikah : Tq, awak pun tahniah jugak la. Tp jauh lah kite, huhu, sedihnya.
Han : Hem, tu lah sedih. :(
Tikah : Sedih la pulak rasa :'(
Han : Xpe, nanti ada masa kita kuar la sama2
Tikah : Nanti bila outing, dtg la kat shah alam ea. Nanti kita pakat kuar blako :'(
Han : Kita tubek gi KB Mall mcm hari tu xpo nanti cuti sem ke cuti mid sem ko.
Tikah : Insyaallah blh. Demi Putri
Han : (Terharunye, demi Han ? Pergh. Syg mmbe Tikah dekat Han). Xpe, kita berpisah kejap je, Kita berpisah kerana ALLAH. Berani bertemu kena berani berpisah.
Tikah : Ceh2, ok la gud luck la.


Pergh, Han rasa terharu sgt dgn msj Tikah. Mestilah u olss. We olss kacip dari sem 1 sampai sem 6 kut. Buat keje mende2, kami wajib sekali, xkira partner 2 org ke grup more than 2 person ke. Maybe dia sedih sbb kitorg xleyh wat keje sesama lg dah. Lepas tu, Han kol baby. Baby dpt Pemulihan Cara Kerja-UiTM Puncak Alam. Kol Ana, Ana dpt Kimia- UiTM Jengka. Masa Ana ckp dpt UiTM Jengka tu, Han bertempik bukan main tau x. Umi duk kat luar pun dgr. Lepas tu, Mijah pulop mesej tanya Han dpt jengka ke ? Han ckp, ye la. Bio. Mijah ? Dia ckp dia dpt sama dgn Ana. Wahh, sama lah kita. Hiiii. Best jugak ada geng ni.


Lepas tu, Han pegi cas fon. Han pun pegi tido kejap sbb sakit kepala sgt sgt. Ptg ni nak pegi bazar dgn Mok Nik pulak. Han memang gitu, lepas kuar result mende mende ke, Han x suka duk kat rumah. Nak pegi jenjalan puaskan hati. Kalau dpt pegi pantai lagi best. Dpt rasa angin dekat pantai. Tp dpt pegi bazar pun bazar la. Pok Su yang bawak keta kelmarin. Steady je Po Su bawak keta. Huhu. Lepas siap beli sume, Han balik laaa.

Malam, lepas semayang Maghrib, Han kol Miss Sarina.

Han : Assalamualaikum, miss
Miss : Ha, waalaikumussalam
Han : Miss, putri ni.
Miss: (Thinking). Putri, putri, Oh ya !
Han : Miss, kitorg punya result penerapan ke degree dah keluar.
Miss : Ouh, so, Putri dpt pe ?
Han : bla bla bla
Miss: Ouh, ramainye dpt Sc Bio
Han : Ramai ke miss?  Sape lg dpt ?
Miss : Tirah kelas A pun dpt. Padahal dia x mintak pun.
Han : Ada jugak dih mcm tu ?
Miss : Ntahlah bla bla bla
Han : Mcm mane Miss ngajar loni.
Miss : Mcm tu je la, tp batch awak memang terbaik lah. Saya rasa batch awak la the best setakat ni. Masuk kelas rasa teruja nak mengajar
Han : (Bangga dgn diri sendiri kengkawan 1 batch). Hehe
Miss : In shaa ALLAH, bulan 9 ni saya nak pegi Mekah.
Han : Miss doalah byk byk. mintak jodoh jugak.
Miss : Gelak. Hahahaha. Hadoila putri, saya x terpikir pun pasal tu, saya nak doa nak sambung PHD je. 
Han : Hehe, xpe miss, doa belaka. In shaa ALLAH miss.
Pot pot pot pet

Han : Em, xpelah Miss.
Miss : Ok, selamat berjaya, selamat belajar.
Han : Terima kasih Miss
Miss: Sama sama. Assalamualaikum
Han: Waalaikumussalam.


Haaa, thats it. My lecturer. Biology lecturer. Sebenarnye, byk lg duk bobok siap nak ajak miss kalau Han kawen. Bahaha. Okela, tu lah story yang Han blh share tentang kelmarin. Utk kawan kawan yg dpt, tahniah. N yg xdpt tu, korang buat rayuan tau n buat pilihan yg tepat. Daa~


Friday, 19 July 2013

Oh ALLAH, is it Today ?

Bismillaharrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.

Hola guys ! Hari ni dah 10 Ramadhan. Maknanya, 10 Ramadhan yang awal akan habis hari ni. Ouh, hari ini juga adalah hari penentuan. Masya-ALLAH, jantung ni rasa tak tenteram je. Ya ALLAH, tenangkan lah hati ku. Sebenarnye, hari ni adalah hari yang paling ditunggu tunggu oleh pelajar seester akhir diploma sem lepas. Yessss, hari ni adalah hari keluarnya keputusan penerapan diploma UiTM ke Ijazah UiTM.
 
Han tak tau mcm mana ghupenya result tu nanti. N dah 2,3 hari Han berdebar semacam, n mata sebelah kiri duk berkerdip. Han takut. Biasanya kalau berkerdip belah kiri, Han akan nagis. Oh My ALLAH, what is going to be happen to me ? I'm afraid. Afraid of the result that is going to come out.
Okey, sapa sapa nak check korang punya result nanti pegi sini tau.

 
Lepas tu korang pegi dekat keputusan yang belah kiri tu. N then tekan permohonan. Pas tu carilah yg penerapan tu. N then, masukkan U punya IC, lepas tu kuar la result.
Han dah biasa dah check check result orang ni. Hahaha. Result nanti buleh check on 12.30 pm. Huh. Okela, Han memang tak tau nak taip apa dah. Semoga ALLAH memberi result yg terbaik utk Han n kawan-kawan. Siriesly Han risau sbb batch kitorg memang ramai. Semoga hati kami semua redha dgn keputusan yang akan diberikan nanti, To my friends out there, gud luck !

Wednesday, 17 July 2013

Met DD

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum. Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.


Salam Ramadhan yang ke 8 bg 1434H. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang utk berpuasa di bulan yang mulia ini. Walaupunn Han rasa rasa mcm nak demam, tetap semagat nak puasa. Masa sahur tadi, susah nak bukak mulut suap nasik. Sakit dekat gusi, mcm gigi bongsu nak naek gitu. Entah brapa kali dah kata gigi bongsu. Yang sebenar gigi bongsu nak naek x tau lah bila. Patotlah rasa mcm nak demam gitu. Okeylah, ini cerita pasal Han jumpa dgn Dalila. 


24 hb Jun, Han pegi date dgn Dalila (DD) pulak. Kelmarin nye, DD kol Han tanya Han duk mane. Masa tu Han otw to kampus nak setelkan hal clearance. Kitorg bajet nak jumpa esoknye sbb ptg tu lepas clearance Han terus balik Kelantan. Loni xleyh tinggal Kelantan lama lama. Ada org rindu. Ceh, perasan lah pulakss. Hiks. Bahahaha.


Malam dah sampai ke Kelantan tu, Han mesej DD nak date pukul berapa. Nak jumpa kat ne. Dia ckp xpe je kat mana mana pukol berapa pun. Han pun ckp pukol 10 am dekat BSN. Kat situ benanye memang tempat menunggu kawan kawan dtg. Bg geng geng Han la. Hoho. Kalau ada sape sape nampak Han kat situ dlm range 10 pg gitu, maknanye Han memang pegi date dgn kawan Han letuw. Miahaha.


Bila sampai tu, jumpa dgn DD, salam salam n at last kitorg pegi mkn dekat KFC jugak. Pegi je lah alang alang x tahu nak pegi mkn dekat mana. Lepas tu mkn n borak borak. Byk jugak la citer, tanya pasal Amin (pakwe DD), family DD sume. Huhu. DD ckp dia rasa mcm tinggi pulak. Han tanya, tinggi berapa ? 15* cm. Han pun ckp, alah, sama je tinggi kita xleyh kata sapa tinggi dari sape. Hahaha. 

Lepas siap mkn, snap pitcha laaa. Apa lagi. N masa nak byr KFC awal awal tu, kuarkanlah purse. DD kata, eyh, sama kaler. Pink n kuning. Hahaha. Satu kebetulan yg x disangka. Memangsejiwa nampak gayanya. Haha. Kitorg date 2 org je. DD ckp, macam gewe pulop. Masa turun tangga dah siap mkn tu, DD ckp, molep abg, awak tu tinggi. Han ckp, eyh, budak ni, pakwe dia yg tinggi, ckp kita pulak. Kita sama tinggi je lah. Hahaha.

Dah sampai bawah, pegi beli brg sikit, then kitorg balik. DD balik dgn Mama dia n Han balik naek bus. Well, sakat gi belajar bawak keta ni suka naek bus pulak dari kereta sewa. Hahaha. Lepas tu Han ckp dekat Umi suruh amik Han dekat tembok. Han pun tunggu la. Rupanya Umi nak gi htr Papa dekat bus stand pulak dah. Han pun naek pegi Mache semula. Rugi RM1.30 tau. Haha.


Lepas htr Papa, budak budak pulak nak pegi Mache n beli brg brg dapur sikit. Masa balik rumah tu, Han bawak keta dr Taman Perumahan Aliya, dlm kg je sampai ke rumah Han. Tp Han takut lah sikit dekat bukit ke rumah Han tu. Bukit tu sgtlah sempit n lau bertembung dgn motor pun rasa takut. Tp selamat jugak sampai rumah. Ngeh ngeh ngeh. Heee.


This is DD

Look, same colour !

Yang baju merah tu han la. Han mkn dah habis.
 Amek kau
Daa~

Sunday, 14 July 2013

Adik Oh Adik ~

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum. Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.


Orait, hari ni nak citer pasal adik Aliff sikit. Umi lah yg cerita dekat Han nye. Huhu. Kelmarin masa Umi dekat dapur, Umi citer adik tiru gaya cikgu dia dekat taska mengajar.


Ulang sekali lagi !
Ba di atas ba. Ba Ba Ba.
Ulang sekali lagi !
Ba di atas ba. Ba Ba Ba.

Umi pun cakap, adik tiru cikgu dia ngajar ni kali gak. Haha. N one more thing, semalam Umi citer.


Abe : Adik, jum teman abe pegi dapur.

Adik : Gi sorang lah. Cikgu adik kata, nak gi dapur, gi sorang.

Abe : Takut.

Adik : Cikgu adik kata takut gapo nye. Takdop hantu nye.  


Bahaha. Pandai adik Aliff ni ngajar Abe. Hambik kau. Adik jugak yg berani tegur abe. Wakaka. Penakut sungguh.



Okeylah, next story. Kelmarin dah pegi htr Kak Cik n Abengoh. Dorg nek teksi. Han pegi amik lesen P Han dekat Kedai Dekita Optometrist kelmarin. Masa nak gi kedai tu, Han ternampak Abe Edy, yg ngajar Han bawak keta dlm litar tgh amik duit dekat Agrobank. Lepas amik lesen tu, Kak Cik ckp, kan Umi suruh tanya spek terapi tu ? Han pun kona semula pegi kedai tu.


Dah tanya kakak tu, tapi dia kata xda kat kedai dia. Dia pun pernah dgr. Lepas tu, ada pulak sorang mamat masuk nak amik lesen jugak. Hehe. Lepas tu pegi SMO sbb Kak Cik nak fotostat. Han tgk buku resepi. Ada buku utk kanak-kanak, cara buat desert, milk shake gitew. Hehe. Lepas tu, Abe Edy, pun lalu. Dia pun tegur Han.



Abe Edy : Gane ? Beres ?

Han tunjuk lesen tu je dekat dia.

Abe Edy : Ouh, buleh lesen dah ! Okela lah tu.

Han : Hehehe. Terima kasih.

Abe Edy : Sama-sama. 


Han rasa masa belajar banyak masa habis dgn dia lah. Ye lah, kalau dalam litar tu berkali kali round. Kalau atas jalan raya, sekejap je. Huhu.


Okeylah, selamat berpuasa semua !

Saturday, 13 July 2013

Iftar 3 Ramadhan 1434 H

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum. Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.


Kelmarin, iftar beramai ramai dekat rumah Han. Atuk sembelih serati. Kul 10 kelmarin atuk dah sibuk nak tangkap serati nak sembelih. Dalam 10.30 gitu, Han pegi intai kat luar. Serati tu dah xda kepala. Uwaaaa, sedih pulak rasa nak makan dia. Sobsobsob. Lepas tu, Han x cara dah, Han pegi sembat kain. Lambat pulak siap sembat kain kali ni. Hahaha.


Tengah hari tu, masa org lelaki pegi semayang Jumaat, Umi ajak Han buat puding. Puding warna warni. Sekejap je buat dia. Tapi memang rasa kastard je lah. Cuma adalah sikit sikit rasa nescafe. Sbb memang guna nescafe sikit. Hihi. Han mkn sikit je. 1 potong je. Haha. Han x leyh sumbat makanan banyak loni. Memang gitu dah. Lepas siap buat puding, Han masuk bilik, semayang sume. Han kuar bilik dlm 3 lbh gitu la.


Han tgk umi tgh kupas bawang. Han tgk kak cik. Aih, budak ni. Bukan nak tolong umi x. Pegi men fesbuk n layan naruto pulaks. Ai ai ai, sakit pulak hati kita. Han pun gi tolong Umi gunting lada kering. Lepas tu, Umi suruh blend bawang. Lepas tu Han rebus lada kering tu. Umi je yg blend. Han continue dgn goreng ayam. Lupa pulak. Kelmarin byk tau masak. Gulai awas darat serati, ayam masak merah, ikan keli goreng ( kak cik yg nak sgt mkn, tp sikit habuk pun x tolong umi masak, isy !) ikan bakar, sayur campur, puding warna warni, tepung bunga.


Abengoh kena pegi beli air tebu n ais dekat kedai pok long. Pok long bagi free je, sbb ajak pok long jugak. Hehe. Lepas siap goreng ayam, mok nik pulaks continue goreng ikan keli.  Terkena minyak tu biasalah kalu goreng ikan keli. Han kena byk jugak. Biasalah dah namanye pempuan, ya dak ? Hihi. Han pulak Umi suruh tlg nenek buat gulai darat. Tp last last nenek buat sorang jugak. Han buat yg ayam pedas tu. Kuah dia Han buat. Umi campak campak, Han kacau.


Lepas setel sume, Han gi mandi sebelum bukak puasa. Lepas tu hidang sume. Wat dua hidangan. Lelaki mkn kat luar pempuan mkn kat dapur. Mok long mari lewat sikit kelmarin so x sempat snap pitcha lauk yg mok long bawak. Mok long bawak ayam percik, onde onde, nasik goreng, yg cm kuih seri muka tu tp koko yg tempat hijau tu, xtau nama pe. Hahaha.


Masa mok long sampai tu, mok long kata Han dah susut. Maknanye, kurus leee. Wakaka. Suka sgt bila org kata gitu. Ya tubuh mungkin susut, tp pipi. Biar sorang je yg tentukan cam ne pipi Han ni. Huhu. Lepas  bukak puasa, semayang Maghrib berjemaah. Pok su jadi imam. Wah, pok su is very awesome ! Dahlah hensem, suara sedap, hafal Quran bena. Perggghhhh, cukup package lah pok su. Sape yg jadi Mok Su Han, alahai bertuahnye dia. Bila pok su nak kawen nii. Aisy.


Isyak n terawih pulak, Abengoh yg jadi imam. Okela drpd biasa, jarang jarang la tempat gagap gagap n x ingat tu. Hahaha. Lepas siap terawih, sep lelaki pulak mkn. Awal tu, dorg mkn kuih kuih je. Lepas siap semayang, Pok Long ckp, sedap ah dia, cuti lama, x keje ke ? Han ckp, tlg sepupu sembat kain. Pok Long kata, ouh, pandai jahit nyo. Han ckp tgk lah sape mak nye. Kihkihkih. Lepas sume dah balik, Han kena basuh pinggan kuali periuk semua. Pukul 11 baru siap. Lepas tu, masuk bilik, sekejap je jenero doh. Okela, enjoy the pitcha.



Anggur n Limau

Kuih tepung bunga.


Ikan keli goreng n ikan bakar

Ayam masak merah

Gulai serati, sayur campur, ayam masak merah,
 puding warna warni, tepung bunga.


Puding warna warni

Gulai serati

Sayur campur

Kurma

Akok. Sedapp.
Okaylah, daa ~

Thursday, 11 July 2013

Jus Buah Naga

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum. Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.


Salam 2 Ramadhan 1434 H. Alhamdulillah hari pertama di bulan yg penuh keberkatan ni dpt kita lalui. So, semoga hari ini lbh baik dari semalam. In shaa ALLAH. Ohya, adik Han si Kak Cik balik ptg ni. So, blh pegi jenjalan dkt Bazar Ramadhan ptg niyh. Jyeahhh. Konpem konpem ramai org kan. 


Semalam Han pegi terawih dekat surau rumah nenek je. Huhu. Kat sini saf perempuan ramai. Saf lelaki 2 baris je. Baris ke 2 tu pun kanak kanak dah. Isy isy isy. Wat nape lah anak muda dekat rumah. Haih. Mengalahkan pempuan pulak. Mak cik mak cik kat surau tanya Han cuti sem ke ? Han ckp, cuti dip nak masuk ijazah. Ouh, bulan 9 ni la ? Yup. Hemm, bukak FB td dpt tau pasal Konvo bulan 11 ni. So, dia suh update la maklumat peribadi. Han bukak saje je, x update pun lagi. Muehehe. Tgklah esok ke. Hehe.


Okaylah, memandangkan Han xtau nak cerita pasal pe hari ni, boley x Han nak share 1 resepi jus ? Jgn meleleh leleh air liur sudah. Okey, resepi Jus buah naga. Hari tu kan Han pegi Teganu tido umah baby. Bawak balik buah naga sebijik. Org kata sedap wat jus. So, Han search resepi hari tu. Tp dpt 1 je. Guna yg tu je lah. Senang jewh.


Jus Buah Naga :

Bahan-bahan.

1 biji buah naga
1 biji epal hijau
Buah anggur (buang biji n suka hati byk mana pun)
Madu 2 sudu
Ais
Air

Buah naga, Anggur n Epal Hijau


Cara.
Korang blend jewh sume tuh. Lepas tu, siap utk dihidangkan. 

So, inilah hasilnya.



Jus Buah Naga
 Orait, in shaa ALLAH kita bertemu lagi esok hari. Daa ~

Tuesday, 9 July 2013

10th July 2013 Officially 1 Ramadhan 1434 H

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum. Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.



Hola guys ! About title kat atas kejap lagi eyyy. Kelmarin, masa tgh masak masak utk lunch, atuk hantar adik kat rumah. Adik habis skul pukul 1. Lepas dia naik rumah, masuk bilik, kuar kat luar rumah, lepas tu dia tanya Han,  " Mana Umi ?" Han ckp, Umi pegi amik Abengoh. Muka dia masam terus. Han pun tanya, nak susu ? Nak pulut ? Sume geleng. Han tanya lagi, nak nasik ? Geleng jugak. Lepas Han siap masak sume, Han tanya lagi, nak susu? Baru dia angguk. Yang x leyh bla nye, angguk geleng je dgn Han. Lepas Umi balik, byk pulak cakap nye. Xda mood kut dgn Han. Hahaha.


Lepas tu, Han pegi siap siap nak semayang Zohor. Lepas kuar toilet, jenguk adik, dah tidur dah. Han pun pegi semayang, lepas siap mkn, tgk tv sambil sembat kaen. Dekat pukul 3 gitu baru adik sedar. Han tanya pulak, nak nasik ? Mesti lapar tuuu. Dia pun angguk. Nak mkn sendiri ke k.long suap ? Makan sendiri. Han pun pegi bubuh. Lepas tu suruh basuh tgn, baca doa tak nak pulak. Eyh, budak ni. Lepas tu, dia pun mkn laaa. Dlm 3.30 gitu baru Umi balik dgn Abengoh.


Semalam Han dgr radio kelantan lepas siap semayang Maghrib n baca Al-Quran. Semalam dah ada pengumuman puasa utk tahun 1434 H. So, officially, Tomorrow, Rabu is 1 Ramadhan 1434 H. So, ada beberapa wish utk puasa. Haha. Sebelum tu... ni haa

 "Barang siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan yakin akan ganjarannya, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang lalu." (H.R. Bukhari & Muslim)


So, Han nak wish, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, Selamat Bersahur, Selamat Berpuasa, Selamat Menunaikan Ibadah, Selamat Menunaikan Zakat Fitrah, Selamat Berbuka Puasa, Selamat Menunaikan Solat Terawih. Selamat lah segala-galanya. Hihihi.


Semalam jugak Han dgr berita tergempar di Kelantan pada hari kelmarin, cikgu PK HEM di SMK Beris, Bachok, ditembak sebanyak 4 das pada pukul 2.30 ptg gitu. Cikgu tu mati di tempat kejadian terus. Innalillahiwainnailaihirajiun. X sempat cikgu tu nak sambut ramadhan tahun ni. Bersyukurlah kita kerana sempat menyambut nye. Alhamdulillah. Tapi at the same time, Han pelik jugak, kenapa ada manusia yg sanggup buat macam tu eh ? Sampai sanggup berbunuh-bunuhan. Nauzubillah.


Hal ini adalah antara tanda-tanda dunia akhir zaman. Han harap kes ni boleh disiasat dgn cepat n yg tembak cikgu tu segera ditangkap n diberi balasan yang setimpal. Mungkin ada org jeles dgn dia kut. Entahlah. Serahkan segalanya kepada ALLAH, kerana Allah sebaik-baik perancang n Dia tahu apa yg tersirat sdgkn apa yg terdetik di hati kita pun ALLAH tahu. Huhu. So, berhati hatilah dgn apa yg kita nak buat n niat utk buat sesuatu mestilah yg baik baik sahaja. Cehhh, bagi ceramah pulak Han ni.


Okaylah, memandangkan esok dah puasa, mlm ni boleh lah semayang sunat terawih. Han nak sgt pegi. Sepanjang duk di teganu, masa sem 5 je byk lah sikit Han pergi terawih kecuali kalau ada test, ada kelas ganti ataupun ada kerja yg segera kena siap. Yela masa sem 5 tu duk kat rumah sewa, masa tu pegi dgn kakak senior yg kacip dgn Han tu. Huhu. Rumah sewa dkt dgn surau. Han duduk tu dekat perumahan. So, kekadang buyi jugaklah mercun kan. Kadang kadang terkeluar jugak perkataan lauhaulawalakuwwataillabillah sbb terkejut. Yang paling best, kalau masa semayang, sampaikan tok imam hampir terkejut. Nak sujud lah lah kot. Allahu 'poooo' bunyi mercun akbar tu jadi lantang dah. Hoho. Kekadang kecut perut jugak dgr. Haha.


So, semoga kita dpt menjalani ibadah puasa dgn penuh makna n sempurna utk tahun ini. Siapa tahu tahun depan kita x blh jumpa dah dgn Ramadhan tahun depan. Kan? Jangan lupa bersahur tau sbb masa kita bersahur tu ada keberkatannya. Sahur jugak macam breakfast kita la. Well, you ols tau kan breakfast is the most important meal in a day. Hee. Semalam Han mimpi Shake tau. Seronoknya lau dpt bersahur n berbuka dgn Shake. Shake semalam tu nampak yummy sgt. Meleleh air liur. Haha. Okeylah, tata you olss.

Monday, 8 July 2013

Home Alone

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum. Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.


Hola guys ! Sory, yesterday Han xbuleh update sbb line x comel lah. Pg kemarin Han ralit duk sembat kaen, bila tgh hari Han nak try online nak update blog, tp hampeh. Lepas tu, ptg kemarin Umi suruh pegi Kg. Pek sbb Wo suruh bagi salinan IC. Ada keje kata nye. Ptg konpem konpem dah malas nak online. Huhu.


Okeylah, hari ni Han ditinggalkan pulak di rumah sorang sorang. Umi pegi skul abengoh sbb ada ceramah motivasi utk student form 4 n 5 sekali dgn parents dorg. So, Umi lah yg pegi. Umi balik sekali dgn abengoh la. Sbb abengoh memang awal awal puasa, puasa dekat rumah. Masa zaman diploma dulu, usaha jugak nak balik. Tp kalau awal awal bulan tu xleyh balik nak wat camne. Tp memang setiap tahun Han balik la jugak nak rasa bukak n bersahur di rumah kan. Hehe. So, tahun ni puasa dekat rumah.


Pejam celik pejam celik, lusa dah nak puasa. Ouh, tyme is running too fast. Lepas puasa, raya. Lepas raya, in a month gtu, buleh pegi sambung degree dah. In sha ALLAH kalau ada rezeki. Lepas degree ?  Tuttttt. Sorang je boleh jawab. Kalau dia tgh baca, mesti dia senyum. Comellah awak ! Semalam baru bincang kan. Haih, berdebar pulak hati kita. X sangka dah masuk alam dewasa, kena jadi lbh matang dah. Hemmm.


Okey, apa Han buat hari ni memandangkan Umi xda kat rumah. Pg td, tgk TV dulu. Hahaha. Xda keje. Bukan nak tlg Umi sapu sampah ke x. Bahaha. Pemalas betol. Haih. Lepas tu, Han pegi dlm bilik, tgk storage box yg ternganga tunggu nak masukkan isi dlm perut dia. Okey, it looks very hungry ! So, han amik keputusan nak isi perut dia. Habis bilik Han tu Han sepahkan. X sempat amik gambar. Xcomel lah amik gmbr bilik bersepah kan kan kan ? Hoho. Dlm pukol 9 pg Han start. Pukol 10.15 dah setel. Sume notes dari sem 1 sampai sem 6 Han sumbat dlm tu.


Etceli, Han dah beli satu storage box masa sem 3 ke 4. So, dlm tu muat lah notes utk 3 sem. Tp baru baru ni Han terbeli storage box yg besar pulak dah. Umi kata, trylah sumbat sume notes dlm tu. Yg kecik sikit tu buleh wat simpan baju. Hemmm, okey. Han pun sumbatlah. Sume muat. N Han pun simpan letak notes Bio dekat atas sekali. Sbb utk degree pilihan pertama n kedua, Han mintak kos yg ada kaitan dgn bio. So, kalau nak guna notes masa diploma, x payah susah susah nak cari dekat bawah pulak kan. Hahaha.


Lepas tu, baru brekfes n Han pegi sidai kain sbb Umi dah pesan. Kain pun cadar n langsir je. Lepas tu Umi pesan suruh masak utk lunch. Umi wat kuar dah ikan keli. Umi suruh goreng n buat sayur air gitu. Hemm, lepas ni, Han nak pegi prepare utk lunch la. Hehe.


Okela, that's all lah kut. Daa~ 

Friday, 5 July 2013

Clearance di UiTM Chendering, Kuala Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.  Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.


Orait, 24 hb Jun hari tu Han, Mijah n Ana pegi Kuala Terengganu sbb nak pegi buat clearance. Aezwani dah ada kat sana. Kami bertiga tumpang rumah Afina (baby) utk semalaman. Rumah baby dekat Kuala Berang. Nak sampai dekat kampus tu, sejam jugak la. Hehe. Han naek bus pukol 11 lbh dari Machang. Hari tu x ramai pun pegi Teganu. So, yang kerusi dua tu Han duduk sorang la. Gerak je bus, apa lagi, carik carik headphone tersayang, sambung dgn MP3, LAYAAANNNN. Syokkk oooo. Bagi sape sape yg belum pernah pegi Teganu naek bus Cityliner dari Rantau Panjang, korang prepare lah lagu byk byk dlm MP3 ke, wat layan atas bus. Sbb biasanya bus tu memang xda lagu. Kenapa dari Rantau Panjang? Sbb bas tu amik passenger dari Rantau Panjang, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang n Jertih ke Kuala Terengganu. Heeee. Kalau naek bus dekat Machang harga tiket adalah RM 14.50. Selain tu, RM 18. Oke. Dah. Pegi Teganu pulak nanti konvo tu pun dekat Dungun.


Okey, panjang sudah cerita.  Masa atas bus, nak masuk dekat Setiu tu Han rasa mcm kabur kabur gitu. Bila pikir pikir, ouh, lupa pulak sekarang ni jerebu. Han pun layan je lagu, kadang kadang terlelap. Silap x beli buku yg buleh tgk gmbr byk byk. Nur ke Dara ke. Mistake mistake. Xpelah, dah lepas pun. Bila sampai di bus stand Kuala Terengganu, rasa mcm “Wahhh, aku pernah jadi student di UiTM Kuala Teganu, Cendering.” Masa tu pun rasa mcm still as student. Biar pergi nak buat clearance dah pun. Sampai je terus pegi toilet, n paling penting, cari tiket nak balik esok terus. ALHAMDULILLAH, tiket still ada. Dah settle,  Han pegi surau, buat apa yg wajib. Dah siap, Han inform dekat Mijah n Umi yg Han dah sampai. Then, pikir pikir, malas nye rasa nak turun tunggu dorg dari KB sbb kat luar tu jerebu kuat lah jugak. Ramai dah yg pakai mask pun.  Makin nak gelap, makin rasa mcm kabur kabur.


Then, masuk mesej Baby tanya Han kat ne. Han ckp duk kat surau. Dia ckp, dia ada kat bawah tgh mkn. Dia ajak suh pegi bawah. Han pun turun, jumpa baby n order ABC. Boleylaa wat hilang panas. Dlm pukul tiga camtu, Ana n Mijah pun sampai. Tunggu dorg pegi surau semayang dulu baru kitorg bertolak dari bus stand menuju ke rumah baby. Tp sebenarnye, x ke rumah baby terus pun. Baby ajak pegi Giant sbb dia nak bank in duit dia. Pegilaa Giant, tu pun 2,3 kali pusing baru dpt parking. Pegi dekat ATM, xley pulak nak bank in duit. Jalan jalan, terjumpa dgn Bob ! Dia tgh cari beg. Lepas tu, jalan jalan dengan kitorg, dia tunggu Pidauh. Kitorang pun masuk dlm Giant, baby nak tgk tgk brg dapur kut kut ada promosi. N baby dah beli yang benda apa entah dipanggil yang boleh buat pasta tu. Kalau yg tgk Masterchef tu taula. Heeeee.


Lepas tu kuar dari Giant bertolak balik nak ke rumah baby dah. Mak baby kol baby ckp lambat balik rumah sbb Mak Baby nak pegi buat haji tahun ni. So, baby bagi cadangan nak mkn dekat luar sebelum balik rumah. Baby pun pusing pusing nak bawak kitorg pegi mkn tempat best. Lalu je kedai tu, baby kata tutup. Dekat dgn kedai yg baby nak bawak kitorg tu ada Maybank. Baby stop dekat situ dulu. Tunggu dia pulakss. Then, baby bawak kitorg pegi mkn tempat len. Han pun lupa daa kedai tu nama pe. Kitorg duduk n order. Mintak nasik putih, tomyam, telur dadar n kailan ikan masin. Tp nasik dia mak oiii, byk. Han sekarang ni x mkn byk, so pakat dgn Mijah x habis mkn nasik. Bahaha. Ada jugak mcm tu.


Oke, here’s the story. Mijah n baby order horlicks Beng. Ana order Tea O beng. Han mintak sirap laici. Biasanya kalau kita order, air yg sampai dulu kan. Air yg Han mintak ada serangga. Then, mintak tukar. Mintak tukar, ada semut kecil pulak. Dtg yg ketiga baru oke. Teruk sungguh kedai tu. Tapi kita ni sebagai pengguna atau customer berhak utk complain sbb utk keselamatan kita jugak kan. Hehehe. Bila dah sampai yg ketiga, Ana pulak wat main main ckp ada laici dlm air ni. Hahaha. Duduk dgn dorg gelak x habes habes. Ada ada je yg buat lucu. Dlm pukol 7 jugak kitorg balik rumah baby. Sampai rumah baby, nampak pokok buah naga n ada 4 biji yg dah masak. So, cukup utk kitorg bertiga n rumah baby satu. Kitorg bawak balik ke Kelantan tau. Heee.


Lepas tu masuk rumah, selesakan diri, bersihkan diri n baby bukak fesbuk cuba cuba contact Hajar sbb  fon dia rosak lah, mcm mcm lagi. Memang susahlah nak contact dia. ALHAMDULILLAH, Hajar online malam tu n janji dgn dia nak gi wat clearance sesame. Kitorg yg duk kat umah baby pakat nak pegi kampus kol 8.30 am. Sbb nak gi kampus kan 1 jam baru sampai, tambah tambah kitorg sume nak naek bus pukol 3pm. So, kena siap awal lah sikit kan. Heee. Rumah baby ramai kucing. Ada yg baby bawak masuk dlm bilik tu nama dia Mena. Betina laa. Jinak n nikuss. Habes tgn Han dia duk maen gigit gigit cakar cakar. Padahal tgn Han x gerak pun. Han pun xtau nape. Mlm tu Han yg tido dulu. Well, Han memang jenis tido awal kan.

Bangun pagi tu, keadaan kat luar masih berkabus atau mungkin jerebu. Baby pulak duk cari Mena. Mena hilang ! Siap buat cam wartawan lagi. Melaporkan, Mena hilang. Hahaha. Kembar si Mena, Miko ada je. Miko ni jantan tp penakut sikit. Baby citer, Mena rukas jendela xda pe pun. Miko tu penakut lagi. Langkah longkang pun teragak-agak. Lepas sume siap, baby ajak pegi dapur, mkn mi goreng. Lepas siap siap mkn, nak bertolak pegi dah. Tapi, amek gmbr wajib laaa kan. So, kitorg pun snap pitcha lu seround. Pukol 9.30 baru bertolak. Do not ask why because there are a lot of reasons. Nanti korang jemu pulak baca cerita Han. Hehe. Separuh jalan baby bawak kete n separuh lagi sampai kampus, Ana yg bawak. Han xberani nak bawak sbb yg ada dgn Han masa tu lessen L bukan lessen P. Jalan dekat sana straight je, Cuma traffic light teramatlah byk. Sama jugak mcm nak pegi bus stand. Memang wajib bertolak sejam awal dari tiket bus, kalau x, melepas lah korang. Kena pulak traffic light lampu merah jeee. Habis. Mesti rasa berdebar debar. Wakaka. Ini pengalaman sebenar oke. Xmaen maen sikit pun. Heeeee.


Sampai je dekat kampus, tunggu Hajar kejap. Then, langkah kaki masuk dlm kampus. Polis bantuan dekat pondon dekat pintu pagar tu tegur baby, eh, lama x nampak awak. Baby jawab, dah habis laa. Laa, xperasan pun awak dah habis. Cepatnye masa berlalu kan. Yela, kitorg dua sem duk kat rumah sewa, nak pegi kampus memang wajib lalu dekat pagar tu. Polis bantuan kat situ pun mestilah kenal muka kitorg ni kan. Heee. Sampai je sana, terus pegi HEA. Ckp nak buat clearance. Dia pun bagi satu boring, isi n pegi mintak cop dari pejabat kolej, HEP (wakil ko kurikulum), polis bantuan (En. Azmi), library sambil sambil check ada hutang ke x n last sekali dgn HEA sendiri. Mula mula kitorg pegi pejabat kolej. Pengurus dekat kolej tu Puan Shida. Maybe dia tgk borang kitorg byk so, Puan ajak kitorg sume masuk dlm dulu, jumpa dia n bagi nasihat suruh jaga diri bila sambung belajar nanti. Youu ollss tu anak dara lagi. Perkataan you ollss tu memang sentiasa ada. Puan ckp kolej penuh, so xleyh laa nak sewa. Pastu Han pun ckpla, hari tu saya lah yg tanya puan boleh sewa kolej ke x. Puan tanya, nama pe? Han ckp la nama FB Han. Puan ckp, amboiii, tuan puteriii nah. Puan bg nasihat lagi, you ollss jgn percaya ckp lelaki kecuali org yg betol betol you olss kenal. Kitorg sume angguk angguk.


Yang paling lucu masa nak masuk pejabat kolej tu, Hajar x pakai kad matrik. P. Rashid tegur laa, ni mana kad matrik ni, kan dah cakap kena sentiasa gantung. Gelabah dah Hajar masa tu. P. Rashid pun tanya, dah sem 6 kan ? Kitorg sume jawab, dah habis dahh. P. Rashid pun ckp, ooo, xpe xpe. Pegilaaa.  Then, kitorg pegi dekat HEP. Dkt HEP, kitorg jumpa dgn Puan Zilda. Puan tanya Han, nape muka masam ni ? Han ckp panas. Baby pulak ckp, debar test JPJ x habis habis lagi. Puan tanya, awak baru lepas test JPJ ke? Han angguk. Dah lulus ? Dah. Sekali je? Han angguk. Pas tu, Madam tanya, wat gapo cuti ni. Mcm mcm dah jawapan yg dgr. Lepas tu, kitorg pegi library. ALHAMDULILLAH kitorg sume xda hutang. Aezwani baru sampai masa kitorg duk kat library. Lepas dah setel sume, pegi HEA balik, dia cop sume n setel. Borang tu sebenarnye borang pengesahan tamat belajar. Mak oiii. Mcm ni je. Lagi grant sijil berhenti sekolah dulu tau.
Then, kitorg pakat nak gi mkn dekat luar. Kitorg memang xpegi jalan jalan bilik lecturer pun sbb takut x sempat. Han pindah nek kete Hajar masa ni. Baby berhenti dekat PSI. Han x beli nape nape pun. Lepas tu, kitorg pakat gi mkn dekat Nasi Padang. Kebetulan kitorg mkn tu time lunch. Memang ramailaaa orang. Han mkn ikan keli goreng berlada. Pedasss oiii. Kitorg sume mintak nasik suku je, sbb lau separuh dia tu byk tauuu. Han xhabis nasik sbb byk minyak. Xleyh telan, rasa mcm nak muntah. Sebelum berpisah, apa lagi. Snap pitcha. Tepi jalan pun jadilaaa, dekat kampus x sempat. Lepas tu, kitorg berpisah. Han, Mijah n Ana nek kete dgn Baby sbb nak htr pegi bus stand dah. Hajar dgn Wanie sbb Wanie keje dekat Saleem Aziz di Teganu.



Tapi Ana request nak pegi dekat Kelab Herbalife dulu. Hemm, coach Alif x habis habis suruh go on. N dia pesan dekat Han suruh start minum semula Shake n start bisnes semula dgn F1 dulu. Sbb kekuatan Herbalife dekat situ. Hehe. Han jwb in shaa ALLAH je. Ada rezeki ada laa. Lepas dah kena ceramah kaw kaw, kitorg pegi bus stand. Time to back home. Kitorg bertiga naek bus sesame. Han turun dekat UiTM Machang je. Ana n Mijah turun dekat bus stand Machang n balik K. Krai.



Buah naga dari rumah baby

Nasi padang lauk ikan keli goreng berlada
Pedasss. Kalau gini RM 4.80. Xda sayur. Bahaha

Okey, ini hadiah dari Ana sbb masa last sebelum balik hari tu
x sempat nak bagi hadiah.

Yeah, so suwit. Thanx jugak Ana ! Lebiyuu

Inilah dia hadiah nyee. Sebenarnya, Han dt 2 hadiah mug dari Ana.
1 lg masa birthday Han tahun lepas. Huhu.
That's all for today. Daa~

Tuesday, 2 July 2013

Quite Busy !

Assalamualaikum. Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.


Korang sume sihat? ALHAMDULILLAH kalau semuanya sihat. Han? Han demam selsema sikit. Biasalah, Han ni sebulan sekali mesti demam. Pernah masa dlm diploma lg, memang xlarat nak bgun, mlm tu lepas semayang Isyak memang tido terus, xlarat sgt. Tp esoknya Han tetap pegi kelas. Han pakai baju kurung yg x perlu digosok n Han pakai tudung segera je. Bahahaha. Sume org pelik sbb Han x pernah pakai tudung segera pegi kelas melainkan kalau ada kelas mlm ganti atau test. Hehehe. Teruk teruk. Han memang gini. Eisy, pjg pulak cerita. Xpelah, maybe ALLAH nak uji Han. Biar Han ingat dia sokmo, ye dop ?


Okeylah, You ollss mesti rindu Han kan. Maafla bulan 6 agak sibuk sikit. Byk benda nak kena settle. Muehehe. Okelah, sebenarnye bulan lepas sibuk dgn amik lesen keta. Habis je belajar drive, online je, nak menaip pun xda mood. Tambah tambah kalau apa yg dibuat hari tu x menjadi. Tapi sebenarnye Han tetap menaip utk citer pasal pengalaman belajar bawak keta. Taip untuk masuk dlm blog jugak. Hehe. Sume tu akan di update nanti. Maybe Han akan selang seli dgn citer pasal gegurls dlm kelas Han. Fuhh, byk nye benda nak citer. Step by step oke. 


Okela, dek kerana hampir setengah bulan dah Han x update blog, in shaa ALLAH this July Han akan update blog everyday. I can't promise but I will try to. Sbb kekadang line internet x berapa lawa. Sakit pulak hati kita. Hihi. So, Han sebenarnye terlalu byklah story ak share dgn korang korang sume. Pasal gegurls kelas Han pun belum habis lagi, learning driving car experience topik baru Han nak share dgn korang. Heee. So, just wait oke !


Orait. Sekarang dah hujung bulan Syaaban. Maka, x lama lagi, bulan Ramadhan akan menyusul. I think it is going to be many things that could happen in this month. Sbb result nak sambung belajar pun bakal keluar x lama lg dah. Tmbah tambah bulan puasa ni, kalau pegi bukak puasa mane mane kan best. Tahun ni Han boleh puasa dekat rumah. Jyeahhh ! Setelah tiga tahun berpuasa di bulan Ramadhan di negeri orang, akhirnya berpuasa di rumah jugak. Hehehe. In shaa ALLAH kalau pjg umur. 


Tapi, lepas puasa, raya. Lepas raya, I'm going to leave home again. Cepatnye masa berlalu, kan. Hemm, no matter what laaaa. Tomorrow i'm going to update again in shaa ALLAH kalau line internet lancar jeee. Oke? Sempena Ramadhan yg bkl dtg ni, Han harap kita semua boleh melalui bulan Ramadhan kali ni dgn sempurna n penuh makna n semoga mendapat keberkatan drpd ALLAH S.W.T. Ameen ameen ameen. 

Okela, that's all for today. Dun miss me anymore, I'm coming already !