Sunday, 16 July 2017

Syawal 1438 H

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum


Sebenarnya post ni dah ditaip pada 7 Syawal tau. Hari ni dah 22 Syawal. So baca je la dehh.


Alhamdulillah akhirnya kita beraya juga setelah sebulan berpuasa. Han enjoy betol raya seminggu sakan sakan tau. Sebab tu lewat siket update hihi. Yelah, nak beraya sebab habis puasa dan juga beraya sebab setel order popia yeay! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.


So, raya tahun ni macam biasa 1 Syawal berkumpul umah nenek. Tahun ni sume beraya kat Mache kecuali Mok Cik la yang memang tak beraya dkt Mache sejak sekian lama. So bergambar memang meriah sungguh lah. Tu pun masa sume tengah bergambar family Pok Ngoh yang belum sampai. Pok Ngoh sampai pun tgh hari dah. So memang tak turun bawah dah la sebab panas. Lepas setel kt umah nenek p beraya kat umah tok sdara Han yang tengah sakit. Lepas tu beraya kat umah kakak nenek aka tok sdara Han jugaklah sebelah rumah Han. Lepas tu balik umah. Petang tu one of BFF Han pulak datang beraya kat umah sbb dia kata entah bila blh jumpa lagi. Dia dtg umah mkn kuih kuih popia brownies yang Han buat. Hmmm beliau terus tempah brownies nak ambik pagi esok dan popia juge sbb ada satu yang Han buat tu katanya nak bank in tapi tak bank in sampai ke sudah. Petang camtu Han dan len len turun umah nenek balik untuk dinner terus lah. Makan rendang nasik impit. Maghrib camtu balik umah bahan nasik dagang pulak. Hihi. Okaylahh layan lah gmbr 1 Syawal dulu yee.

My small family. Han Abengoh Kak Cik Amsyar Umi dan Aliff

Free style gituuu

Poksu la ni amik gmbr curi curi. Baru nak selfie dengan Uwais

Mok Nik dan sebahagian anak anak saudaranya

Gambar paling win raya tahun ni. Yang takde cuma family Pok Ngoh yang belum sampai dan Mok Cik yg beraya di Sabah

Atok dan nenek berserta sebahagian cucunya

Potret family latar belakang sawah padi

Bunga Noraini dtg beraya kat umah

Kite pulak peluk dia

Han Mok Nik Atok dan Nenek

From left: Han Humaira Mok Nik Pok Su Amsyar dan Aliff

Pak Andak Safiyyah Mak Andak Mok Nik Han

Girls in the family Kak Cik Umi n Han

Nasi Dagang Kuih Raya Air Oren 

Makan makan time

Makan lagiiii

Bila cameraman lambat, kita selfieee duluuu.


2 Syawal macam biasa pegi ziarah kubur arwah ayahanda Han di Kampung Raja. Kali ni, rasa sayu sangat pegi ziarah pusara arwah ayahanda. Terasa terlalu ingin berada di dlm dakapan seorang ayah. Kerana seorang ayah pastinya tidak akan pernah menyakiti hati anakandanya. Allahurabbi, aku rindu. Kau jagalah dia di sana dan tempatkanlah dia dalam kalangan orang yang beriman. Setelah itu, kitorang pegi umah nenda. Jumpa pak sdara maksdara pulak. Alhamdulillah nenda baru je keluar hospital sebenarnya tika itu. Moga kesihatan nenda semakin bertambah baik. In shaa Allah aameeen. Oh lupa pulak. Sebelum pegi Kampung Raja umi singgah umah sepupu umi. Dia wat makan sate. Alhamdulillah tercapai jugak hajat dan hasrat untuk makan sate. Yeay! Lepas ke umah nenda ke umah mak sdara pula dkt Bukit Bakar. Singgah camtu je sebab lepas tu gi umah sepupu umi lagi. Rapat sampai zohor berderat hari itu. Alhamdulillah eratkan silaturrahim gituu. Ptg tu duk kat umah je. Raya ke 3 pun duduk kat umah je.

Jalan nak ke umah nenek belah arwah ayahanda.
Han pakai lipstick Always Apricot Mary Kay 


Raya ke 4, majlis sambut menantu kat umah classmate masa skolah rendah + sekolah menengah. Faizal abd kadir or Buja. Malas nak explain banyak tapi selalu dengan dia lah gaduh dkt padang kawad masa skolah menengah. Han gaduh jalan start kanan dia start kiri. Han kan Puteri Islam papepun mestilah kanan dulu. Gitu je la gaduhnye, biasa biasa persaingan yang sihat org kata. N that day Han of course lah pegi dgn girl frens gituu. Geng Han yang sampai dulu. Lepas tu Aisyah Rusdi n then geng lelaki. Alhamdulillah dapat juge brkumpul walaupun tak semua ada. Tu pun dah buat Buja cukup terharu katanya. Hehe. Lepas amik gmbr sume dengan Buja kitorg pegi umah Nazirah pulak sbb umah Nazirah dengan Buja dekat je. 3 jag air oren Nazirah buat hari tu duk berbual dgn diorg ni sume. N dgr khabar ramai classmate lelaki yang nak bina masjid tahun ni. Alhamdulillah. Han? Han tunggu je lah. Kalau tak di dunia in shaa Allah di syurga Allah nanti. Aameeen. Kol 6 baru balik hari tu. Puas hati molek dapat reunion balik geng SPM dolu dolu. Next wedding of course next reunion. Alhamdulillah atas kurniaan hidup yang gumbira ini. Malam itu pula makan makan dekat umah Mok Long. Makan mee hailam dengan mee hoon goreng. Balik terus tidur ngantok sangat sebab penat. Heee. Okay layanlah gambar dekat wedding Buja ni hah.

Kesemua classmate sekolah menengah yang hadir. Tapi masa ni Aina n Tila tak sampai lagi

Selamat pengantin baru Buja n wife

Lepas raya umah Nazirah baru ada Aina n Tila
Bila gelak tak ingat dunia. Pipi ohh pipi. 

Baru boleh amik gmbr baik baik. Nak p kenduri nek kete dgn diorg la kecuali Nazirah yg belakang dua dari kiri. Heee

Kalau dah jumpa bertiga ni haruslah selfie. Sayang dedua muahhh


Raya ke 5 takde ke mana pun. Duk kat umah je. Disebabkan esok tu birthday adik lelaki Han abengoh dia request nak makan pavlova. Buat lah pavlova. Tapi tak jadi sangat pun haha. Tak tau teknik yang mana yang tak menjadi. Tapi takpelah. Rasa tu ada. Nanti kita cuba lagi lain kali in shaa Allah. N buat kek coklat juga sebab nak bawak pegi umah Pok Ngoh. Esoknya tu nak buat mkn mkn kt umah Pok Ngoh. Malam itu Han n Kak Cik pegi tidur umah Mok Ngoh sebab nk tolong tolong masak la kan. Ni Han belanja gambar pavlova yang tak berapa jadi haha.

Broken Psvlova tapiii habis jugak hehehe


Raya ke 6. Mok Ngoh masak mee hoon soto. Han buat bergedil tp tulah tak pandai nak control api tapi jadi je malah sedap lg. Geng lelaki datang umah Mok Ngoh lepas semaye Jumaat. Ohh pagi itu Han makan nasik lemak. Pastu pegi umah mak Mok Ngoh hantar makanan dekat mak nye. Lepas tu masuk pasar cari budu bla bla. Balik umah terus on dgn bergedil. Lepas tu umi Mok Long Mok Nik Nenek datang. Petang tu makan nasik dengan ayam bakar ikan tawar cicah budu ulam sayur betik yum yum. Lepas tu layan Baby Boss dengan cousin cousin. Lepas semayang asar baru makan mee hoon soto. sebab Han tak berapa suka sangat Han tlg bubuh air je lah dekat diorg. N kalau nak tau kek coklat Han awal awal lagi habis. Sebelum angkat mee hoon soto tu dah habis dah. Isy isy isy. Sebelum balik amik gamabr lahhh apaaa lagiiii.


Sebelum balik, selfie duluuu



Okay rasanya sampai situ dah raya Han. Masa duduk kt umah Pok Ngoh hari tu pagi Jumaat tu Pok Ngoh cerita apa yang ustaz cerita dekat masjid pagi tu. Ustaz kata NASA meramalkan yang ada meteor akan jatuh ke Bumi. N memakan masa setahun untuk hilang dia punya asap. Ada sesetengah Negara tu dah buat tempat bawah tanah untuk preparation kehidupan kalau terjadinya ramalan NASA itu. Antara negara yang dah buat sume tu Singapura Australia etc. Diorang siap dah prepare bekalan setahun makanan n segalanya lah kut. Lepas tu kalau ada satu meteor besi yg namanya sidrin ke apa tahhh tp dia ni memang akan buat sume alat telekomunikasi tak berfungsi, kenderaan sume tak berfungsi sebab yelahh dia akan jadi macam magnet yang akan tarik sume tu. Allahuakbar. Kita pun tak taulah saat itu tika itu terselamatkah kita. Ustaz tu kata lagi kalau jadi saat itu kita kena masuk umah tutup sume pintu tingkap duk dlm bilik masuk dalam selimut dan baca Ya Quddus Ya Quddus. Bumi kita dah tua. Hayatnya dan nak sampai ke penghujungnya. Semoga kita semua tergolong dlm golongan yang tidak lalai dgn dunia. Han pesan untuk diri sendiri dan semua. Kerana, sampaikan dariku walau sepotong ayat kan. Maka, sentiasalah berbuat baik setiap masa semoga kita pergi dalam Husnul Khatimah, diberi kesempatan untuk bertaubat dan dikurniakan syurga di sana kelak. In shaa Allah aameeen. Semoga ketemu lagi nanti andainya panjang umur. Wassalam.

Wednesday, 21 June 2017

Bisnes Raya 2017 Hanaliecious

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum


Bulan ni sangat sibuk sampai tak sempat nak touch touch dgn lappy. Sibuk sebab bulan ni kan Ramadhan. Sibuk dgn ibadah, malam malam pi terawih berjemaah. Selain tu order popia seaweed toksah cakap la. Sampai sakit habis tubuh. Hehe. Tapi takpela kan demi customer yang dah selalu suka dgn popia seaweed itu. Minggu first puasa tu dah start order masuk dah. Minggu ketiga Han buat last postage dah. Beberapa hari sebelum postage last tu ada lagi yang nak order utk postage. Tapi Han mintak maaf sebab Han tak amik tempahan beliau. Sebab memang tak dan dah dan takot tak sempat siap dan pos pulak takot nye sampai lepas raya. Nanti untuk raya haji Han nak bukak order awal nak close order awal awal. You olls ni takleh kira jugak kadang tu tebeng jugak order. Han ni risau tak sempat siap ja. Hehe.


Okay lah tak de banyak pun nak story. Yang paling laku untuk raya tahun ni adalah Popia Seaweed Cheese, Popia Seaweed Cheedas, Almond Chocolate Chip Cookies and Semperit yang Umi Han buat. Alhamdulillah untuk rezeki bulan Ramadhan kali ni. Rasa macam nak bagi reward untuk diri sendiri untuk rezeki kali ni. Hemmm. Nak beli buku nanti. Ada satu buku tu mmg lama sgt dah mengidam nak beli. Lepas raya nanti nak gi beli. Maklumlah dah terbiasa ada pape yg istimewa bagi Han memang akan beli hadiah untuk diri sendiri.


Untuk raya haji tahun ni Han dah rancang awal awal untuk tutup order awal awal sebab takot tak sempat mana nak pos mana nak COD mana nak self pick up ke kan. Haaa nanti tak pasal pasal menangis bucu katil plak. Harapnye my cutomer sume alert la dgn apa yang Han akan bagitau. Hehe. Okaylah gmbr kt bawah ni Han tunjuk yang mana sempatlah yeee.


Hat ni lupa order dr sapa

Yang ni order dr aunty Han. Popia nestum Semperit dan Popia Seaweed Cheese

Yang ni order dri Penang and Putrajaya
Yang ni order daru staff HRPZ yang order dgn aunty Han which is a doctor there.


Yang ni order dr cikgu cikgu SMKH2 yang Han baru ja pi COD kan kemarin



Okaylah, since kita sudah di akhir Ramdhan untuk tahun ni so Han nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Semoga kita bertemu lagi di Ramadhan tahun hadapan in shaa Allah. Selamat berhari raya semua. Makan berpada pada jaga kesihatan leklok yee semua.

Semoga kita ketemu lagi nanti in shaa Allah.


Sunday, 28 May 2017

My Small Business ~Hanaliecious

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum


Sempena bulan Ramdhan ni Han nak story pasal popia dan biskut biskut yang Han jual lah. Sebenarnya dah hampir setahun juga lah bisnes Han ni. Han mula lepas raya tahun lepas. So untuk tahun ni sebelum raya boleh la amik order. Mulanya Han start dengan popia seaweed cheese. Pastu ada yang request nak jenis pedas. So Han tambahlah yang perisa pedas tanpa cheese satu dan cheedas satu which is gabungan cheese dan pedas. Hehe. And selain tu juga ada buat dua jenis biskut. Almond chocolate chip cookies dan semperit cheese. Okaylah baca je tak jadi juga kannn nah Han belanja gambar.

Almond chocolate chip cookies

Semperit Cheese

Sebahagian order and sedikit sample yang bawa p skolah masa Hari Guru hari tu

Semperit cheese in jar

Almond chocolate chip cookies in jar

Order from Putrajaya last month

Popia seaweed pedas

Popia seaweed pedas

Popia seaweed cheese

Popia seaweed cheese

Popia seaweed cheedas

Popia seaweed cheedas



Feedback terlampau lah banyak. Ada Han upload dekat FB Han n page Han dkt FB. Nanti Han bagi link nyee yeee. Antara tiga tiga jenis popia tu popia seaweed cheese dan popia seaweed pedas. Biskut biskut itu jarang orang order sebab Han pun risau juga kalau pos nanti sampai hancur. Tapiiii cikgu cikgu SMKH2 suka sangat dgn almond chocolate chip cookies. Setiap cikgu yang order mesti ada yang nak sebalang almond chocolate chip cookies. Tak sabar nak tengok gmbr gmbr biskut ku di atas meja jamuan raya cikgu cikgu. Hehe. Okaylah nanti Han bagi feedback customer sikit.









Nahhh, dah baca feedback kann, meh Han bagi link link untuk add Han atau nak wasap Han follow Han ke. Heee.



Selamat berpuasa dan kalau nak order mana mana popia dari Han jangan segan segan contact Han. Order untuk raya masih lagi dibuka. J