Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.
Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.
Comel? Cantik? Cute? Handsome? Kacak? Smart? Itu adalah
suatu penilaian yang subjektif bg setiap individu. Ada yang kata mcm tu comel,
mcm ni kiut. Okaylah. Han ada satu cerita. Pada suatu ptg, hari adik Han yang
pempuan balik rumah, Abe bercerita kpd kami semua. Hari tu, Han belanja KFC sbb
dpt mcm voucher gituu. So, tgh mkn ramai ramai dia cerita la.
Tadi kan, ada sorang budak mari dkt Abang cubit dua dua pipi
abang n budak tu cakap “comelnya awak ni, x mcm sy hodoh”. Lepas tu kami semua
gelak sakan sampai nak terkeluar anak tekak. Lepas tu Han Tanya, “budak tu laki
ke pempuan?” Dia ckp lelaki. Abengoh pun cakap “gay ke budak tu?”. Hari tu rasa
mcm x puas gelak sampai Han pun rasa sakit perut. Adehhhh, penangan kena puji
comel. Kalau adik dah besar n dah pun belajar kat primary school Han rasa lg
ramai budak nak wat cam tu, tambah tambah budak pempuan. Well, he is my
handsome boy. Dia paling rapat dgn Han n kepulangan Han yg paling dia tunggu.
Like I have ever story in the blog. Hari tu jugak, umi beli jajan yang roller
coaster gitu, dia pun ckp, sume org xleh makan, kak long sorang je buleh. Aih,
kenapa kak long? Yeah yeah yeah. He loves me too.
Ok back to comel, cantik, cute, handsome, kacak, smart. Kita
semua adalah manusia. Khalifah di muka bumi milik ALLAH yang satu. Manusia
adalah sebaik baik kejadian. Manusia adalah ciptaan ALLAH yang paling terbaik.
Kerana apa? Kerana kita dikurniakan akal yang membezakan antara kita dgn
haiwan. Kita juga diberikan nafsu. Nafsu apa? Jgn ingat yang tuuutttt jeee. Nafsu
kita banyak. Makan, tidor, shopping, suka barang cantik cantik. Haaa itulah
sebahagian yang boleh Han senarai. Mungkin banyak lg kan. Heee. So, malaikat as
we oll tahu, mereka xda nafsu, xda nafsu nak makan, minum, tidor. Sbb apa?
Diorang pun byk kerja. Dekat bahu kanan kiri kita pun ada malaikat tgh
menjalankan tugas tahu? So, be careful!
So, disebabkan kita adalah sebaik baik kejadian yang ALLAH
ciptakan maka kita sepatutnye dan wajib bersyukur kpd ALLAH dgn apa yang
dikurniakan kepada kita. Dan juga bersyukur kerana diberikan peluang utk
bernafas di atas muka bumi ALLAH. Syukur ALHAMDULILLAH. So, dgn apa yang kita
ada, kudrat yang kita ada, marilah sama sama kita berusaha utk menjadi khalifah
ALLAH yang terbaik, umat Nabi Muhammad s.a.w.
yang menjadi kebanggaan Baginda. Marilah kita sama sama menghidupkan
sunnah Rasulullah s.a.w. In shaa ALLAH kita juga dicintai ALLAH dan Rasulullah
s.a.w.
Ingat x citer adik Han yang kat atas yang kawan dia cakap,
comelnya awak, x mcm saya hodoh. Maybe sbb budak budak kan x reti lg benda
benda berkaitan cantik hodoh comel semua tu. Ya, mungkin sbb mereka harus
diberi pelajaran n nasihat mengenai hal sebegini. Sebenarnya, x ada sesiapa
yang hodoh. Semuanya cantik comel comel belaka. Hensem hensem, smart smart
belaka. Tp mcm Han ckp lah kan, penilaian seseorang tu subjektif, ada yang kata
mcm tu cantik, mcm ni comel. So, it depends on us. What is our opinion, right?
Kalau boleh kakak kakak, abang abang, adik adik yang dah boleh berfikir dgn
matang, jgn sesekali ckp mcm tu kerana ia seolah olah kita menghina ciptaan
ALLAH, seolah olah kita tidak bersyukur dgn apa yang ALLAH bagi dekat kita.
Cuba bygkan, ada org yg sejak dr lahir lg memang kulit dia gelap n hitam mcm
Dayang Senandung, ataupun cacat di bahagian anggota, Down Syndrome barangkali,
mereka lagi patut kita kasihani n kita patut bersyukur dgn segala nikmat yang
ALLAH berikan. Tp jangan pulak sesekali kita salah gunakan utk sesuatu yang x
berfaedah pulak. Warning!!
Pasal comel cantik hensem smart niyh mcm mcm pdpt org kan.
Comel cantik ni blh bg dekat pempuan lah kan. Ada yang kata muka putih melapak,
xda jerawat sebijik pun, ciri ciri mcm tulah comel bg seorang pempuan. Ada
jugak yang kata rambut lurus, muka bujur ciri ciri pempuan comel n byk lg
lahhh. Han paling tabik springggggg kalau lelaki ckp seorang pempuan tu cantik
sbb cantiknya akhlak yang ada pada beliau. Wow! Hebat kan.
Kalu lelaki hensem smart mesty org yg kaya , bergaya, keje
sedap sedap, pakai baju yang berkot kerja koporat gitu kan. Pastu, apa nasib org yg x mcm tu? X terpikir ke? Tapi bg han, yg hensem tu yang
sentiasa suka pergi masjid surau, suka tingkatkan ilmu agama. And adalah satu
bonus bg Han seandainya Han dapat suami yang sejuk mata memandang n pandai
ambil hati Han suatu hari nanti. Semoga ALLAH permudahkan. Aamiiin.
So, as a conclusion, kita semua adalah cantik, cute, hensem
n smart belake. Xda yang kurang xda yg lbh. Kita semua sama di mata ALLAH yang
membezakan kita adalah amalan kita. Bagi kita yang sempurna anggota, cukup
sifat, marilah kita sama sama menjadi khalifah ALLAH yang terbaik, memungut
sebanyak banyak amalan baik utk dibawa ke akhirat. Okaylah, sebelum mengakhiri
kalam, adik Han, si Abengoh suruh bagitahu readers blog Han yang dia dapat
49/50 test undang undang utk le/sen kete n motor hari tu. In shaa allah
sebhingga berjumpa lagi.