Wednesday, 29 May 2013

Sepupu dari Pahang

Assalamualaikum. Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.


Hola everyone ! Okey ini hari mau cerita pasal kezen dari Pahang. Anak Pak Andak. Humaira Asyikin. Weehuu. 3 hari lepas dia balik n sampai rumah nenek. Malam tu, dia memang nak mai umah Han dah. X sbr2 nak jumpa dgn Abe n Aliff. Huhu.


Pagi kemarin dulu, Pok Su mai htr Humaira mai dekat rumah. Maen lah dorg sume. Budak budak maen habis bersepah brg-brg mainan. Humaira lunch pun kat sini. Umi masak ayam kicap hari tu. Sume org tambah nasik sepinggan lagi. Tp Han puasa hari tu. Hari Isnin baru-baru ni. Umi ckp, nasik yg Umi tanak, habis. Kena tanak yg len dah nak wat berbuka puasa. Muahaha. Petang tu jugak Humaira balik. Atuk mari ambik.


Kelmarin, Han habis belajar kete, Kak Ma htr gi Mache. Han pun gi beli barang sikit. Tp rupanya ada lg brg yg Han x beli. Isy. Inilah masalahnya kalau nak kuar pegi mache beli brg x bawak list. Hemmm, kemarin rasa nak naek bus. Han naek bus balik belukar. Lepas tu Han jalan kaki sampai rumah. Han ada stop dekat rumah Mek Da tgk surat. Tp hampeh, ada surat papa n surat atuk je. Surat Han xda. Alanag-alang ada surat atuk, Han stop pulak dekat rumah atuk. Lgpun Han x jumpa lg dgn Mak Andak n Umar.


Sampai rumah nenek, salam dgn Mak Andak. Mak Andak ckp, kurus kak long. Hah ? Iyo ko Mak Andak ni. Hahaha. Masa tu ada kete galo dekat sawah padi depan umah nenek tu. Umar ni nk tgk lah. Han pun dukung lah dia. Bersungguh tengok bulat mata. Lepas tu, Han jalan balik sampai rumah. Masa tu Umi baru nak kuar bawak kete pegi bengkel. Tali air cond buat hal. Duk sekejap, Pok Su mai htr Humaira pulak. Maenlah dorg sampai puas. Dgn Han sekali maen dgn dorg. Aliff la ajak Han maen hide n seek. Hahaha. Layang je lah.


Hantar Humaira balik umah nenek jalan kaki kemarin. Sume nak jalan, jalan je la. Sampai umah nenek, pakat ngadap TV1 tgk bola Kelantan VS Terengganu belako. Nenek pun ngadap TV jugak. Dia kata best tgk bola. Cayyalah nenek ! O yeah ! Hahaha. Gol last yg Kelantan sumbat , Han dah sampai rumah pun. ALHAMDULILLAH rezeki milik Kelantan. Tahniah Red Warriors.



Humaira, adik n abe

amboi adikk. ushar humaira. nakal yee

makan tambah.

abe tgk how to train your dragon.

Daa~

Sunday, 26 May 2013

Mungkinkah Dia Sedang Merinduiku ?

Assalamualaikum. Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.

Hola everyone ! Mcm biasa hari ni bangun pagi-pagi nak gi sekolah. Tapi hari ni rasa pelik sikit sbb Han teringat dekat arwah. Mungkinkah dia sedang merinduiku. Etceli, Han dah bawak kereta atas jalan raya dah. Tapi hari ni x berapa okey sikit. Han kene marah. Tak reti nak citer macam mane, mungkin memang salah Han. Hari ni pun masa Kak Ma htr Han nak balik rumah dia tanya pasal ayah jugak. Han pun ckp lah ayah dah xda. Yang ada ayah tiri. Dia pun ckp, ayah sendiri n ayah tiri laen, kan. Wohaa, sikit lagi mau menitis air mata ini maaaa. Han balik jalan sampai rumah hari ni sbb Umi pegi hospital Abe cabut gigi. Sampai rumah, Han msj dgn seseorang bgtau dia Han bercerita pasal arwah masa balik, seriously Han nangis. Hemmm :'(


Patang tadi ada kenduri makan-makan n semayang hajat dekat rumah mak sedara Han sebelah arwah ayah Han. Han pikir-pikir mesti best sbb dpt jumpa kezen n pak sedara mak sedara. Maklumlah, dekat dua bulan Han duk kat rumah ni, xda lagi Han pegi rumah dorg. Hemph. Kalau lah Cek tau Han dah cuti lama, mesti dia ngepeks. Sbb setiap kali cuti semester biasanya Han akan tidor rumah dia satu minggu. Tapi kali ni dia x tanya sbb Kuya, kezen Han yang tersayang lagi tercinta tu xda kut. Dia ada dekat Johor keje kat sana. Dia muda satu tahun je dari Han.


Tadi, dlm 2.30 gitu, bertolak dari rumah ke rumah Cek. Lambat sikit sbb si Kak Cik yang kuat tido dah jadik macam kelawar dah lambar bersiap. Isy ! Orang-orang semayang hajat sume dah balik. Yang ada sedara mara je. Ada Ayah Long, Mok Long, Cek, Ayah Nus, Pok Utih, Mok Utih, Mok Su Je n paling penting ada Wo (panggilan kepada nenek sebalah arwah ayah Han). Tapi yang x best nye, sep-sep Ciku takde. Umi n anak-anak. Anak Umi ramai. N anak-anak Umi sgtlah best. Tambah-tambah yang baya-baya Han. Heee.


Sampai je masuk ke dapur, jumpa Mok Utih, salam-salam bual-bual n Han tegur sepupu yang kecik baru buleh jalan dulu. Han tegur dia sbb nama dia nak sama dgn nama Han. Dia punya nama Anas. Lelaki okey ! Then Wo pum sedar. Dia tgh tidur. Gi salam dgn Wo pulaksss. Wo pun wat kuar kain dari beg dia. Ni hah, Cek Su bagi ko Kak Long. Wahhh, hari tu Cek Su ckp dia pegi Bandung. Han usik je suruh beli ole-ole utk Han. X sangka pulak bagi betol-betol. Tengkiyu Cek Su. Cek Su ni husband Ayah Mat. Ayah Mat adik arwah ayah Han. Kira Cek Su ni mak sedara sabit la. Ayah Mat pun ada jugak tadi.


Ayah Long tadi byk duk citer pasal arwah. Sedih pulak rasa. Han sanyum pun senyum tawar je sbb hari ni memang ckp pasal arwah je. Mau x sedih. Orang nye dah xda. Lepas tu, Ayah Long ada ckp, nanti kalau nak kawen, jangan x jemput pulak. Eyt, mana boleh x jemput. Maybe Ayah Long yang kena jadi wali Han. Ye la, arwah dah xda. Atuk sebelah sana pun dah xda. Abengoh wali terdekat. Kena Abengoh gi belajar Mesir, kena pak sedara sebelah arwah jugaklah yang jadi wali, kan. Heee. Wajib Han jemput family sebelah sana sbb nak sambut orang baru dlm family. Heee. Family sebelah sana ramai, mesti riuh bila kawen nanti. Haish, jauh nyo mikir ! Mok Long pulak pesan, nanti pandai bawak kereta pegi la jalan dumoh etep. Han ckp, in sha ALLAH mok long, loni xleyh lagi, tgh belajar lagi. Hehe. Rumah Mok Long dekat je dgn rumah Wo.


Ayah Mat pulak, jumpa je Han. Kak Long ! Han senyum je la. Pas tu, dia tanya, ngaji mana loni. X nyempat Han jawab, Umi ckp, x taulah lagi, kut-kut sikit lagi buleh ngaji di Shah Alam, Ayah Mat buleh hantar ke ? Ayah Mat ckp, oh, buleh jah. Kalu dam masuk kolumpur gak. Jyeahhh ! X payah susahkan orang laen dah. Masa neh la nak rapat dgn pak sedara yang duk jauh. X mo susahkan Umi lagi-lagi Papa. Tadi Han pakai tudung kuning. Kuning raja la. Sepupu, Abe Cik, tegur Han, ceh, pakai tudung kuning nah kak long. Han ckp lah, anak raja kan. Tapi dia x dgr kut. Dia pun ckp lg, pakai kuning dah, x lama dah tu nak nikoh. Han pun raup muka, eyh, lambat lagi kak long. Huhu.



Masa nak balik tadi, Cek xmo bagi balik dah. Tapi Han ckp, Han belajar kereta. Pas tu, dia tanya Han, bila gi? Bulan 6 ke? Han ckp, lambat lagi gi, bulan 9 nuhhh. Pastu Cek bisik-bisik dgn Han ckp dia dah simpan duit nak bagi dekat Han wat gi belajar pulak. Han ckp, lambat lagi ore gi Cek. Ore mari pulop nanti. Cek ni kalau dia tau Han dah nak masuk semester baru mesti dia ckp dia nak p htr. Tringin sgt letuw. Xpelah Cek nanti Kak Long konvo, kito pakat gi ramai-ramai Dungun. See, how lucky am I. I love to be with them. I love my family there. I miss being with them when I was a kid. I felt loved being with them. I felt very special in their eyes. Seriously I loved them so much because their life is full with LOVE. Not MONEY. Maybe sbb kami kehilangan ayah sejak kecil lagi. Biasanya kalau ada kenduri besar-besaran atau Hari Raya memang kami lah yang diorang selalu tunggu. Kalau raya, Wo mesti ckp, cucu alik Belukar mari doh. Hehe. Masa nak balik tadi x sempat salam Ayah Long n Ayah Mat sbb Abe Cik sibuk duk tanya dah habis belajar ke ? Han ckp, dah. Dia tanya lagi, nak sambung pulak ke ? Han ckp, nak. X sempat salam. Then, kitorg balik. Rinduu sama mereka. 

Okey, daa~ Gud nyte. Gambar xleyh upload. Nak masuk lappy pum dop leh. Xtau brona kut mane. Selamat berpuasa bagi mereka yang ingin berpuasa hari esok.

kain sarung ole-ole Cek Su bg

Friday, 24 May 2013

No Title


 Assalamualaikum. Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Saiyidina Muhammad.


Hola everyone. How’s ur day ? ALHAMDULILLAH, masih lagi bernafas utk meneruskan kehidupan di dunia ini. Han nak citer pasal minggu ni. Tp xtau nak bg tajuk nape pulak dekat entry ni. Heeee.


On last Saturday, hantar kak cik go to Machang dia naik teksi sbb nak kene pegi sekolah dah. Yang lucunye, mula-mula tu kuar dgn kereta Umi. Pas tu stop rumah nenek, Mok Nik ckp suh bawak kereta Myvi dia sbb nak suruh isi minyak. Umi ckp, mok nik gi jugaklaa. Biar Umi je yang pegi bayar duit kat stesen minyak. Mok Nik bawak kete je. On that day, I met Farahana Hashim. My classmate. Classmate dekat Teganu. Mula-mula tu terkejut jugak sbb ada org panggil nama. Rupa-rupanya Farah. Heee. Mcm biasalah bila jumpa salam, berlaga pipi n then Farah tanya mari mana. Han ckp je la htr adik nak pegi sekolah dah. Pas tu, Han tanya result dia lagu mana. Dia kata OK la. DL jugak biar atah taro pum. Pas tu dia sakat Han, mesti buleh tinggi ni kan? Han sengih-sengih je. Muehehe. Han tanya, doh org laen lagu mana? DL jugak ke? Farah ckp, xtau, xtanya. Dia tanya Han, sape lg yg DL. Han ckp, mcm biasalah, org yg dah biasa-biasa dpt DL. Lepas tu, Han ckp, lorat ni, gi dulu dehh. Hee.


Lepas Umi gi beli brg-brg kak cik, naek atas kete.Umi bgtau Han, esok xda kelas drive. Umi ckp Kak Ma panggil Umi n suh bgtau ko anak tu, Kak Ma gi amek luso pukul 7 supo skalo. Umi ckp ada kete dia yg rosak. Han pun OK. So, hari Ahad, I’m doing nothing. Ptg Ahad tu, iron baju siap-siap sbb nak gi kelas esok ni. Hari Isnin, 5.30 pg gitu, Kak Ma msj ckp dia mai amik pukol 7 hari sabtu deh. Haiiyyaaa. Baru bersemangat nak pegi belajar lagi. Nampaknya lepas seminggu la baru pegi balik kat litar. Haisyyy. Kak Ma ckp ramai org hari tu. Tomorrow I’m going there again. Han rasa maybe dah tak ramai kut lepas ni sbb budak-budak lepasan SPM yg dah dpt result UPU nak daftar dah by this week. Hemm.


No matter what, dah alang-alang iron baju dah, umi ajak pegi Pasar Sena. Well well well. Heeee. Pegi je lah meround dgn Umi dekat pasar tuu. Lepas penat dah membeli, Umi stop dekat  depan Kedai Buku Banggol. Ada sorang mak cik yang berhenti dekat situ jugak, dia tanya Umi Han ni anak Umi ke ? Umi anggok. Mak cik tu ckp, besarnye. Hah ? Erk ? Besar? Besar lagu mane maksud Mak Cik ni ? Han ckp, kita umur 21 dah. Diploma dah habis dah. Hurmmm. Mikir byk dah lepas tu. Besar sgt ke bg umur 21 mcm ni? Lepas siap sume, balik rumah n santap apa yg blh disantap. Hehehe. Umi ckp esok nak gi spital pulakss. Han tanya Umi, ore gi jugok ko ? Umi ckp, ikotlaaa. Han suh Umi ckp jugakk. Umi kata xyah gi la, jadik suri rumah. Haaaaa, best gituuuu.


Wake up on Tuesday dgn tugas yg dah diberi Umi. Jyeaahhh. Mula-mula, bukak jendela, lepas tu, masukkan baju yang kotor dlm baldi, mandi n basuh baju. Lepas siap, sapu rumah pulak. 2 round. Dari depan sampai ke dapur n the other, depan TV sampai ke luar. Then, prepare breakfast n keluarkan lauk utk masak lunch hari tu. Dlm 9.40 gitu Han breakfast. Siap breakfast, tgk tv Oh My English yang latest episode Han belum tgk lg. Nenek singgah jugak dekat rumah. Habis pukol 10.30. Tgk Astro Oasis. Fullamakkk. Ada ceramah Ustaz Kazim pulakkk. Ngadap pulak setengah jam. Habis pukol 11. Umi pun balik. Umi tanya, koyok doh bawang ? Han ckp, dop lagi, acu nok gi dapur, ceramah Ustaz Kazim puloppsss. Lepas siap bual-bual gi dapur. Prepare lunch dgn Umi. Umi masak ikan pedas n sayur lemak bayam. Yummy.


Yesterday, khamis. Han puasa sunat. Puasa Sunat bulan Rejab. Han bangun sahur sorang-sorang je. Heee. Han sahur ala-ala macam duduk kat Teganu ai tuu. Duk kat sana mana masak, turun dapur, tak. Semua tu tak. Dulu bangun pegi toilet, sahur dlm bilik je. Kekadang dlm gelap gituuu sbb xmo ganggu roommate tidor. Hahaha. Sahur dgn kopi radix n biskut. Biskut Munchys Cream Cracker’s, Sesame Biscuits tak pun Biskut Hup Seng. Haaa. Baru-baru ni Han breakfast dgn Sesame Biscuit n Biskut Hup Seng. Selain tu, Han buat tea mix, air masak 2 gelas n kurma sebijik. Heee. Ptg kemarin kak cik n abengoh balik sbb cuti sekolah 2 minggu dah start. Han bukak puasa dgn nasik n ayam masak merah n tomyam. Malam makan pudding caramel n buah anggur hijau.


Lately, Han n Aliff pegi round dekat –dekat rumah ni. Singgah dekat sungai yang dekat rumah n pusing sampai balik rumah semula. Kalau buat shape, lebih kurang bentuk trapezium gituu. Kalau singgah dekat sungai mesti bawak roti, sbb dlm sungai tu ada ikan. Bagi ikan makan. Heee.


niyh lepas pegi round-round

buah apakah ini ?
seri muka jagung

ayam percik lada hitam.
Daa~

Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru 2013

Assalamualaikum. Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.


SELAMAT HARI GURU ! Jyeahhh. As we all know, tanggal 16 Mei adalah hari guru yang akan disambut di semua sekolah di seluruh Malaysia. Kepada semua guru yanng pernah mengajar Han tapa penat lelah segala suka duka semasa proses pembelajaran, Han ucapkan selamat hari guru. Cikgu-cikgu dari tadika Bachok, SK BADAK, SK BELUKAR, SMK HAMZAH 2 n UiTM CENDERING, TERENGGANU. Terima kasih atas semua ilmu yang telah dicurahkan kepada anak muridmu ini.


Cikgu dekat SK Badak, Han ingat sorag je cikgu BI yang sgt garang. Bekeng sgt. Masa Darjah 2, rasanya dia dah xngajar. Hehe. N yg paling Han xleyh lupa kalau tyme kene lukis rumah. Memang satu style tu je Han buat. Siap guna pembaris uolss. Gojes x ? Hehe, lepas tu, arwah ayah Han meninggal n pindah dekat Belukar. Sekolah dekat sini. Masa mula-mula sekolah kat sini, Han masuk kelas, Cikgu Shaibani aka cikgu maths n PJ yg tgh mengajar masa tu.


Cikgu-cikgu SKB yang Han ingat adalah Cikgu Shaibani, Cikgu Kamarudin, Ustazah Suhayati, Teacher Teh, Cikgu Hisham, Cikgu Osman, Cikgu Sanusi, Cikgu Ramli, Cikgu Rohani. N maybe ada lagi kut. Tp dgn mereka-mereka ni, Han ada kenangan laaa. Malas rasa nak citer. Maybe bila Han ada mudd nak citer Han citer okeyh. Muehehe.


Cikgu-cikguSMK Hamzah2, Cikgu Roslina, Cikgu Junaidah, Cikgu Amalina, Cikgu Sapinah, Cikgu Haizom, Teacher Zakiah, Teacher Marini, Cikgu Rogayah, Cikgu Yusmawati,Teacher Lily, Ustazah Awateff, Ustaz Zul, Ustazah Nadah, Cikgu Zuriawati n byk byk lagi.


Lecturers dekat UiTM Cendering, Puan Lily, Madam Fara, Sir Fauzi, Sir Yus, Sir Amri, Miss Feza, Miss Sarina, Sir Rivaie, CheMan, Dr. Fatimah, Puan Zilda, Sir Hafiz, Ustaz Helmi, Puan Fariza, Puan Rahayu, Puan Dell, Sir CKD, Puan Fatin, Puan Adida, Sir Rafie n Sir Bani.


Tengkiyu to all teachers. Tanpa korang, saya xberjaya sampai looni. In sha ALLAH, ALLAH akan membalas jasa kalian semua n kalian sentiasa di dalam doaku. Semoga bahagia selalu.


Daa~

Tuesday, 14 May 2013

Met Great Girlfriends.


Assalamualaikum. Hola everyone ! 3rd day in Rejab 1434 H.


Yesterday, I met my great girlfriends! Happy sgt. Cuma ending je yang sedih. Ending of me. Huh! Kelmarin Han pegi belajar drive macam besa. Dlm pukol 9 gitu, Kak Ma htr Han p mache. Pas tu, Han gi jenjalan dlm pasar n then, pegi toilet. Heee. Lepas kuar toilet, nak masuk pasar balik tu, Han terjumpa dgn kawan dari sekolah rendah ni, FAIZI ! What a surprise. Kitorang x jnji pun nak jumpa. Tp bertembung. Tengkiyu ALLAH masih mempertemukan kami.


Then, Faizi cakap dia dah pindah ke Gua Musang. Dia mari Mache pum sbb nak amik barang yang still tertinggal. Lepas tu, kitorang borak-borak tepi jalan tu. Result pun dia x tgk lagi. Isy isy isy. Lepas borak-borak kejap, Han cakap Han nak bla dah sbb nak gi makan-makan sikit. Lepas tu, Han nak kena gi KB. Han gi beli cek mek n coconut shake wat makan kut-kut lapar. Heee. Then, beli skirt sehelai. Shomelll kaler dia. Heee.


Then, Han pegi bus stand. Tunggu bus dari kuala krai nak pegi KB. Yeah ! Etceli, kemarin Han kuar dgn girlfriends. Girlfriends dr UiTM Teganu. Dorg sume dok k.krai. So, boleh naek KB sesame la. Dlm 10 lbh gitu, dorg sampai. Han pun nek bus. Han duduk sebelah Ana. Duk bual dgn Ana pasal Han drive kereta n result exam baru-baru ni. Lepastu, sampai dekat KB Mall. Tujuan keluar pun, dorg ni sume nak habiskan baucer buku. Han dah habis baucer buku. Habis ko adik-adik jewh. Dorg ni sume nak pegi kedai popular. Sampai-sampai je dekat situ. Ada notes. Dia kata kedai tutup, ada mslh teknikal kut. Esok nye baru bukak balik.


Dorg sume frust. Dekat popular SMO. Kitorg pegi SMO je. Han pun cari 2 bijik buku yang Han nak sgt. ALHAMDULILLAH, Han jumpa. Yessss. Rasa nak melompat je masa tu. Yang buku Cinta kerana Allah tu, RM 30. Yang Sebelum Aku Bernikah tu harga dia RM20. Sbb Han guna member card, Han beli dgn harga RM45 je. Heeee. Lepas dorg sume siap-siap beli buku, kitorg pegi semayang Zohor dekat surau. Lepas tu, naek dekat food court. Dorg survey-survey, nothing interesting. Han pun cakap, jum kita gi mkn KFC. Masa tu 3pm dah. Makan-makan sambil bincang nak pegi teganu bila, nak bermalam dekat mana n mcm2 lg. Kuar je dr KB Mall. 4pm dah. Han risau dah takut sampai lewat di Mache. Tkut xdamm bus num 13 ke pasir puteh nak balik rumah.


Lepas tu, kitorg tunggu bus nak pegi bus stand. Kejap je kitorg tunggu, ada bus dtg. Kitorg naek, nak bayar. Pak cik tu kata, maen- maen weyhh budak ni. Bayar lepas ni lah. Kitorg pun naek. Han duduk dgn Tikah, Han ckp. Pak cik ni blebe pulak dah, kitorg naek, bayar apa. Naseb baek perut dah kenyang, kalau x lagilah kitorg mengamuk jugak. Isy pak cik ni. Sampai dekat bus stand, adik Tikah pun dah ada, mintak tlg dia amek gmbr kami-kami. Yeah. Kalau Han ada, snap pitcha tu WAJIB ! Hahaha. Pukol 5 bus sampai. Waktu org kerja keluar pejabat. Ramai la atas bus n jalan pun jammed. Polis trafik dah yg jaga. Tak ikut lampu isyarat dah. Han xputus-putus doa biar cepat sampai xnak terlepas bus. Sampai je dekat Mache, salam-salam n kiss pipi dorg sume, n Han pun ckp lepas ni, Teganu kami dtg pulak. Hehehe.


The sad thing is, bus num 13 xda. Kereta sewa pun dah xda. What a damn ! Rasa nak nangis. Hurmmmm. Tolonggggg ! Han pun pegi G Mache. Umi suruh beli sup bunjut adabi. Then, han tunggu Umi dekat sekolah Hamzah 1. Lepas tu, ada sorang anggota RELA ni dtg dekat Han. Dia tanya, tunggu sape ? Han cakap, Umi. Dia tanya lagi, sekolah pagi ke petang? Errrr. Xleyh jawab soalan ni sbb terfikir, muka ni mcm muka budak sekolah lg ke? Lepas tu, dia tanya pulak, ke mari dari mana nih? Han ckp, gi KB, lepas tu naek bus pukol 5. Sampai sini kol 6.30pm. Bus num 13 xda, lepas tu tepom ko umi suh mai ambik. Dia tanya lg, duk mana? Han ckp, belukar. Dia pun ckp oke,oke n bla. Masa tu, rasa mcm nak merayu suruh htr Han balik rumah je. Mengarut sungguh mikir. Dahla Han sorang-sorang. Takut jugak, nak hujan masa tu. Nampak kilat sambar-menyambar tau.  Balik rumah, laju-laju pegi semayang Asar sebab x semayang Asar lagi. Umi pun bukak pose, Han gi semayang Maghrib terus. Huh. What a tired day.


Clearance kitorg kena buat utk menghapuskan ID sbg pelajar Diploma UiTM. So kitorg yg dah complete diploma kena pergi dekat kampus, amik full minitranskrip result semester 1-6, segala sijil-sijil yang ada nama kita, n bayar segala hutang dgn HEA, HEP, Library n sebagainye. Jgn tinggal jejak sikit pun. Hehe. Nahas ye kalau x buat clearance, korang xbuleh konvo. Haaa. Okela, next destination is UiTM KT. Yeah, I’m gonna meet the beach again ! I miss you, beach !


Enjoy these pitcha.


wooppss. bergetar getar pulak.

they are ana n mijah


yeay ! I got these two

sebelum aku bernikah.  this is not from google oke. karpet tu dekat rumah han. heee

xcaye lagi, this is my writing.

cinta kerana allah. not from google too. ni atas katil dlm bilik han


great quotes !

Oke, this is special one. Tikah xtau nak beli apa utk tebus baucar buku dia n dia ckp nak belanja Han sebijik buku. Han pun ckp, amek yang neh je. Heee. Tengkiyu so much tikah ! Lebiyuuuu.

a gift from tikah.


X cukup gmbr? Dlm fb ada. Heee


Daa~

Sunday, 12 May 2013

Sabun Antabax

Assalamualaikum. Hey hey hey everyone !


Today is the second day Han belajar drive kereta. Hehe. Experience ? It's great ! Sbb still ada cikgu kat sebelah yg blh tunjuk ajar n tegur lau silap. Kalau bawak sorang-sorang esok-esok nanti xtaulah macam mane. Grrrrrrrr. Okela, pasal tu nanti Han citer balik lepas Han betol-betol dah buleh drive n dah lepas test JPJ. Hoho. Lambat lagi oke. Tp kene type awal-awal simpan as draft dah. Byk storyyy. Heeee.


Okey, hari ni Han nak cerita pasal satu jenama sabun mandi ni. ANTABAX. Haaa, ini adalah sabun mandi yang Han pakai sekarang. Sebab apa. Okey. Let me story. One day, Han x ingat dah bila. Tp dlm 2011 gitu leee. Adik Han bagitau Han n family yang cikgu ke ustazah dia cakap sabun mandi yang HALAL utk kita pakai adalah sabun ANTABAX n ada satu lagi. Shurah kut. Han x sure lah yang tu. Tahun 2011 tu Han dah masuk semester 3. So, bila dapat tahu, Han pun tukar pakai ANTABAX sampai loooniii. Hehehe.


Sabun ANTABAX bau dia BEST ! n lg satu BUIH dia BANYAK. Haaaa, sape-sape yang suka main buih masa mandi tu buleh lah pakai. Hekhek. Konpem suka punyalah. Hehe. Ada rumate masa sem 3 tuh, dia try pakai. Mula-mula tu dia tekan banyak sabun sbb nak kasi buih. Banyakkk oooo. Dia cakap lau pakai shurah x banyak macam tu. Heeee.

banyak kaler

yang ne baru punya.. Pine is from Phylum Coniferophyta. Heee.

Okela, nothing more kut. Saje nak promote sabun ANTABAX. Next time Han akan update pasal classmate drpd sem 1 sampai sem 6, okey ! Daa~

Friday, 10 May 2013

Pengaruh Korea


Assalamualaikum. Hey everyone !


I’m sure almost of student dip in science enjoy their day happily yesterday after the results. Congrates ! But me ? I’m just staying at home. Scrolling down the muka buka. Ahh, what a boring day ! I’m jeles. Jeles with those fren yg buat status, nak celebrate dorg punya success. Urgh ! Han pum kuar jugak sbnrnye. Tp just amek brother habis waktu persekolahan kelmarin.


Lepas tu, berhenti kedai mok long. Umi Tanya, nak beli pepe ke ? Han ckp nak air kotak MILO. Aiiyakk. Pelik jugak rasa kenapa tu je yg Han mintak. Tp memang kelmarin rasa nak sgt minum air kotak MILO. Hoho. Thanx, Umi. Biar x seberapa pun. Tp memang teringin sgt nak pegi pantai kelmarin. Kalau Ilah ada dekat pasir puteh tu, memang Han sanggup pegi sana n suh dia bawak Han pegi Pantai Irama. I miss the beach so much ! Since I left Kuala Terengganu.  Ooohh !


Oke, cerita pasal pengaruh Korea ni. Mostly, frens that I met at Terengganu suka sgt-sgt dekat Korea. Bukan negaranya I meant. It is about, the film, the song n the artist. Once dah minat konpem addicted. Owh, Han x minat. Han just minat lagu monster big bang, beautiful night, beast n ada satu lagu girls generation yg ada title boy boy gitu. Han pun x ingat tajuk nape lagu tu. Tanyala sape-sape kat sana, Boys Over Flowers, My Girl, sume dorg tau. Ada yg berkali-kali tgk dah pun. Kumpulan Korea, tok sah cakap. Big Bang, Shinee, 2 PM. Dorang kenal sorang-sorang muka members of the group. Han tgk muka dorg sama je. Boleh pulak dorg notice perbezaan antara dorg. Gojes !


Kawan-kawan dekat rumah sewa Han dlm geng Han 6 org, memang 4 orang tu suka la dgn Korea kecuali Han dgn Fizah. Sebelah bilik Han, Fizah n Mijah duduk. Meja setadi Mijah dekat jendela. Katil Han dekat jendela jugak. Kira bersebelahan la. Kalau dorg tgk Running Man, gelak-gelak, memang boleh dgr suara dorg kot jendela tu. Biasanya tgh hari la. Oiii, kuat jugak dorg ni gelak. Isy isy isy. Running Man ni Han pun xreti gak nak ckp. Han tgk pun kejap-kejap je. Xdala lekat dekat situ. Dia mcm reality show gitu. Han pum xreti nak explain. Maaflah ye, Han kurang minat Korea-Korea ni.


One day, seorang kawan, Tikah. Dia tau Han minat sgt subjek Bio. Dia ckp dekat Han, dia ada citer Korea yg berkait dgn Bio ni lah. Han ckp, bak mai ar. Boleh jugak tgk tyme cuti diploma. Citer yg ala-ala doktor gitu. Satu citer tu tajuk dia Mr. Brain. Han belom tgk lg yg ni. Yang satu lg tajuk dia Obstetrician n Gynecology. Yang ne pasal pregnant women n ada mslh dgn baby dlm perut, uterus, placenta bagai. Dlm citer ni adalah dia tunjuk real operation punya. Operate perut wat keluar baby. Darah meluncur-luncur keluar. Fuhhhh, dahsyat cabaran seorang doctor. Tp ada doctor tu calm sgt, relax, cool je. Biar ada mslh pun n org laen dah give up nak teruskan operation tp doctor tu still nak selamatkan baby n the mummy. Kental oohh doctor itu.


Nak dijadikan cerita. Suatu hari, Han habis tgk citer Aishiteru dlm hard disk. Citer Melayu. Best jugak. Tergelak sorang-sorang Han. Umi pun pelik. Huahua. Bila dah habis tgk, Han pun bukak folder Movie, Korea. Dlm tu ada dua cerita. Mr Brain n yg satu lagi tu. Han bukak yg satu lagi. Ada pasal bedah-bedah tu. Han tgk yang tu. Ada jugak la istilah-istilah medic  yang Han xpernah jumpa. Well, I’m not a medical student. Heee. Tp ada lah yang Han boleh faham. Oke, masa tgk citer tu, Si Aliff tgk jugak. Aliff ni kan nak jadi doctor. Macam-macam la dia tanya, Kak long, bakpe doctor bedah perut ? Dia guna pisau Kak Long ? Layankan aje lah. Dah minat.


Yang lucunye, dia balik sekolah tgh hari kelmarin. Masuk rumah, dia pun bgtau Han, Kak Long, nak tgk citer doctor kelmarin. Hem, pasang je lah. Kalau x, mengamuk. Haha.  So, a lot of thanx to Tikah for giving me those story. I like. Biarpun in Korea. Hehe. Okela, that’s all lah kut.


Oh ya, tomorrow I’m going to having my first class of driving the car ! Ouh, I’m nervous. Pray for me, guys ! Daa~ 

Thursday, 9 May 2013

Setelah Tiga Tahun ~ Diploma

Assalamualaikum. ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH. All praises to ALLAH.


Syukur ALHAMDULILLAH. Hari ini adalah tarikh keluarnye result exam semester baru-baru ni bg student diploma UiTM. Result Han semakin meningkat n for the whole result, Han capai target. ALHAMDULILLAH. Bangun pg td, rasa berdebar sgt-sgt. Hari ni keluar result exam dah.


Bangun, semayang, mandi, brekfes, sidai baju, lipat baju, then, ON lappy. First thing I do, FB. Ramainye say ALHAMDULILLAH. Mesti dorg tunggu email semalam baru buleh tido. Owh, kalau Han memang kena tidorlah walau bagaimana sekalipun. Hehe. Lepas tu, baru Han check result. Dup dap dup dap. ALHAMDULILLAH. TQ ALLAH. Yg paling surprising, Han dpt A utk satu-satunye subjek yg Han xpernah dpt A sejak belajar subjek tu drpd From 4 lg. ALHAMDULILLAH lg.


Lepas tu, layan FB sorang-sorang say ALHAMDULILLAH. Ramai got better result ni. Tahniah lah utk semuanye n thanx jugak utk semua lecturers drpd sem 1 sampai sem 6. Yang kurang memberangsangkan, usaha lagi nanti masuk degree, okey ! Hee. Dlm FB jugak ada sumbody yg tagges status dekat Han says, tahniah. Heeeeee. Tengkiyu awak ! Awak pum byk bg semangat dekat saya even dah last-last nak habis sem 6 pun. N yg paling penting saya bersyukur sgt sbb ini semua hasil saya sendiri drpd sem 1 sampai sem 6.


Apa yang Han nak hari ni ? Han etceli dah dpt hadiah drpd papa. Hoho Tq papa. N kalau boleh hari ni Han nak gi jenjalan seharian. Gi jenjalan dekat pantai, makan jagung bakar tepi pantai, lepas tu masuk dalam Mall, window shopping. Seharian sampai malam baru balik rumah. Wah, bestnya ! Sayangnye, xtau nak gi dgn sape. Kalau lah ada kengkawan yg tgh cuti n 1 kepala dgn Han bestnye jenjalan dgn dorg. Lg best kalau ada kereta sendiri, nak gi mana-mana pum bebas. Waahhhhh. Bermimpi di siang hari je lah nampaknye hari ini.


Hemm, okela, tahniah utk diri sendiri. Perjalanan masih jauh. Daa !


Wednesday, 8 May 2013

Hari Mengundi


Assalamualaikum. Hey ols !


Hari mengundi hari tu, Umi pegi dgn mok cik pada pukul 10 pg. Mok nik ngundi dekat kubang kerian sbb mok nik register kat sana. Maklumlah mok nik dulu student USM dekat sana. Dia daftar kat sana la. Han tgh goreng cucur pagi tu. N umi suruh buat air milo. Lepas tu, umi cakap mok cik suruh Han jaga Fahim sbb mok cik nak gi mengundi. Han pun gi siap-siap mandi n basuh yang mana perlu. Tudung, skirt sume. Lepas tu, pegilah umah nenek. Jaga si Fahim. Mok nik pulak ajak pegi jenjalan dekat KB belam-belam hantar kak cik. Isnin dia dah sekolah.


Masa jaga Fahim, dia tido jewh. Xdala sibuk sgt. Dia bangun pun x nanges maen dgn dia kejap je, umi  dia balek. Han pun balik rumah, tukar-tukar baju n cau tu KB. Hoho. Byk jugak lah kereta dekat sekolah-sekolah. Maklumlah, mengundi dekat sekolah. Naek kereta myvi mok nik. Mok nik, mok cik, fahim, han, umi, kak cik, abe n adik. Duduk rapat-rapat dekat belakang ni haa. Mula-mula pegi dekat mok nik mengundi dulu. Kebetulan masa tu mok nik parking dekat Maybank, Han pum gi transfer duit deposit baby ai tu. Dia bg num akaun maybank so, han kene transfer duit guna maybank jugaklah. Selesai sudah.


Lepas mok nik gundi, kitorg pegi dekat TESCO pulak. Makan n semayang dekat situ. Papa pun join kitorg jugak. Papa sampai tu, umi, papa, abe, adik n kak cik gi beli luh sbb kak cik nk beli brg nak gi skolah pulak. Han bukan mai nak beli sgt pum. Nak gi jenjalan jewh. Han, mok nik n mok cik gi semayang dulu, pas tu baru naek atas. Heeee. Lepas tu Han terjumpa Gen-Q isu 21. Apalagi, belilaaaa. Haha. Gi tesco semata-mata beli Gen-Q. Hehe.  Lepas siap sume, kitorg pegi htr kak cik p skolah dia. Sekolah dia tempat mengundi jugak. Han pegi htr kak cik dekat asrama. Ada sorang polis tu tanya Han n kak cik, kembar ke? Kak cik jwb, eh, x lah. Pas tu, tanya kak cik, serupo ko kito ? Hahahaha.



Lepas tu, gi jenjalan dekat Bazar Tok Guru pulak. Tp jenjalan je lah. Lepas tu, singgah dekat masjid telipot semayang asar n then, back to Mache again. Umi n aunties nak stop beli satay dekat labok. Mak aiii, ramai pulak masa tuh. Dahla sorang-sorang tu beli banyak-banyak. 30 ya, 60 ya pum ada. Han rasa dorg ni nak wat makan belam-belam tunggu result PRU malam tu. Dekat pukol 8 sampai dekat umah nenek. Stop dekat rumah nenek dulu. Semayang maghrib. Han Tanya gak nenek, hujan ke kat sini  sbb KB x hujan. Nenek kata hujan. Han pun ckp, nenek tipu ehhh. Nenek sunggoh-sunggoh ckp memang hujan. Hadei, abengoh angkat ke x baju kat rumah. Pas tu, salam-salam dgn pok ngoh, mok ngoh, husna, faqih, iffah sbb dorg pegi sabah dah esoknye.


Lepas tu, kitorg balik rumah. Sampai dekat rumah, soalan pertama Han tanya abe ngoh, angkat dop kain ? Abengoh ckp, dia angkat yg dekat ampaian je masa hujan rintik-rintik. Dia kata dia x perasan ada baju lagi dekat tali. Baju dekat tali tu baju Han. Masa hujan lebat-selebatnye, baru abengoh gi angkat siap buleh perah lagi. Parok parok. Geram pum ada. Terlompat-lompat marah dekat dia ni haaaaahhh.  Eeeeee, geram sgt.  Ni lah jadik kalau tinggal rumah dekat org lelaki. Hisy !


Hari Isnin ada pasar sena. Mok cik ajak gi sana sbb dia x puas hati gi Bazar Tok Guru hari tu. Dia ajak Han suruh jaga Fahim je. Han cakap, mok cik kene bg upah, nak skirt sehelai. Sbb Han ada berkenan dekat sehelai skirt yg sgtlah lawa kalernye. Mak aiiii, geram jewh nak beli. Tp x beli terus pun. Next tyme lah kut. Heeeee. Ramai org dekat Machang tau ! Maklumlah ramai yg cuti. Lepas siap beli-beli, mok cik ckp ayah cik nak balik sama lepas ni, nak jumpa dekat kedai dekita optometrist sbb ayah cik nak wat spek photo gray rasanya. Huhu, Han x sempat belajar yang tu. Maybe yg baru kut. Xda dalam silibus Han. Huahua. Mok cik suh bawak Fahim jenjalan. Smpai dekat SMO, Han jumpa buku yang umi dok cari selama ni. Han um gi bagi semula Fahim ko mok cik n Han gi beli buku yang umi nak tuu. Hahahaha. 


Ni haa buku nyee.

eh, cop cop, aiskrim luuuu. mok nik belanja.. hahaha

ni lah buku yag umi nak sgt, sedaplah masak kekgi.

Daa~

Tuesday, 7 May 2013

Kemalangan


Assalamualaikum. Hey hey everybody !


I’m not in mood etceli. But I have to update the blog by hook or by cook. Han duk pendam lama dah ne nak update. Bz sesangat tyme aunty2 balik. Ajak gi jenjalan. Jadik baby sitter. Macam-macam. Okela, it’s about ACCIDENT or KEMALANGAN. Heeeeeeeee. Korang mesti rasa seria, berdiri bulu roma bila dgr perkataan ni kan. Han pum gitu jugak. Sape x rasa gitu dia rasa dia hebat letuw. Tak baek oke. Allah Maha Hebat, sesungguhnya.


Oke, mcm ni. One day, hari Isnin minggu lepas, petang tu gi amik Amsyar fardhu ain, kitorg gi Machang. Ada pasar malam n sambil tu ambik abengoh sbb dia balik cuti ngudi dah kan. Maklumlah, budak tahfiz cuti laen sikit. Dia pun baru je pegi kelmarin.  Hari ni dia exam tu. Lagu mane dop tau. Oke, back to story, masa otw nak ke machang tu, lalu dekat sungai mas. Ada accident. Kereta terbabas masuk dlm gaung. Gaung ke ? Xdala dalam sgt. Masa lalu tu dah jadik pun. Kereta tu terlanggar pulak pokok kat bawah tu. Taktau la kisah sebenar nye lagu mane. Terbabas sorang-sorang ke gane.


Esoknye, Han ada kelas bengkel dekat litar. Masa nak balik tu, Kak Ma, cikgu yg ngajar Han xleh amik Han htr balik sbb JPJ nak pegi pejabat dia. Han kol Umi, Umi mai amek Han. Lalu dekat cabang nak gi ke Machang sebelum sampai sungai mas. Ada sebijik kete yang dah buruk terlanggar tiang yg ada tanda isyarat gituu. Isy isy isy. Apakah yg berlaku sebenarnye? Kenapa byk sgt accident lagu ni ? Adakah cuai? Hurmmm.


Then, on Thursday, pegi Machang pulak amek kak cik. Budak-budak cuti sekolah dah. Dekat sungai mas, ada cabang sebelum sampai dekat kedai goreng pisang yang sedap tu, ada kereta masuk dlm parit jugak. Ditinggal gitu je. Masya-ALLAH. What happened ? Kenapakah ? Tp ada sorg fren dlm fb yg duduk kat area tu update status ckp ada accident dgn motor. Tp xtaula lau accident yg laen pulak ke. Hemmm. Lepas sekolah hamzah 2, ada pulak sebijik kereta masuk dalam parit jugak. Hadei. Accident lg ? Abengoh pun cakap, haaa, lepas ni kak long kene belajar kereta molep la. Siap gosok-gosok belakang Han lagi. Lucu bangat kamuuu. Loving brother laa kamuuu.


Yang terbaru, malam sebelum mengundi tu, atuk mari rumah cakap, anak cikgu dollah yang duk dekat tembok tu accident n mati di tempat kejadian terus. Dia naek motor dari KL kalau x silap. Dia lalu kot Grik. Taktaulah accident macam mane dgn apa, sume x tau. Innalillahhiwainnailaihirajiuunn.


Han sekarang kena belajar kereta. Sabtu ni Han start drive dah. Pepagi lg adik Kak Ma tu mai amek Han pegi litar. Aiiii, berdebar pulak. Han kene belajar sungguh-sungguh. Korang sume doakan Han tau. Okela, bila ckp pasal accident xleyh lari la mesti ada yang mati. Mcm yg duk kat tembok kat rumah Han ni kan.


Mati ni buleh jemput kita bila-bila masa je. Malaikat Maut sentiasa menjenguk kita 70 kali sehari. Kalau campur tolak darab bahagi, dia jenguk kita setiap 20 minit. Haaaa, so kita semua kenalah sentiasa melakukan kebaikan supaya masa dia jenguk kita, tiba-tiba ALLAH bg arahan suruh cabut nyawa kita. Takdalah nyawa kita tu dicabut masa kita melakukan kejahatan. Kita bukan nye tau jadual dia mari jenguk kita pukol berapa. 7.19 ke 7.20 ke 7.21 ke. Kite tak tau. Itu semua kuasa ALLAH.Manusia atas dunia ni ramai. Berbilion-bilion. Tp sempat pulak dia mari jenguk kita 20 minit selepas dia mari jenguk kita sebelum tu. Kuasa ALLAH. Subhanallah. So, sama-samalah kita berbuat kebaikan sentiasa. Han yakin semua orang nak mati dlm iman kan, mati syahid. In sha allah. Doalah banyak-banyak semoga ALLAH makbulkan cita-cita kita. Ameen.


Oke sampai sini je lah kut. Daa~