Sunday, 9 June 2013

Kenduri n Tutti Frutti

Assalamualaikum. Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.


Hola everyone. Sori guys, 2,3 hari ni  bz dgn mkn gulai. Muahaha. Maklumlah, cuti sekolah. Even kelmarin pun Han gi  mkn gulai jugak. Hehehe. Sekarang dah habes cuti sekolah. Abengoh n Kakcik pun dah pegi sekolah. Pagi pagi cam ni gap, xda Abe n Adik, sunyi rumah. Bunyi TV je. Hahaha.


Hari Jumaat baru baru ni, Han join menghantar menantu dua pupu Han. Bestla dia kawen muda. Heee. Pergi dekat pukol 3 jugak. Rumah husband dia dekat kg dewan je. Dekat je. X panas punggung pun duk atas keta. Sampai dekat sana, pengantin tgk org bersilat. Hoho. Hari tu pengantin pakai baju kaler pink. Han pun pakai baju kaler pink jugak masa tu. Accidentally. Then, mkn je la isi perut yg dah lapar ni haaa sambil tgk org bersilat. Yeeehaaa.


Alah balik ar jadi tragedi pulak. Huhu. Kononnya nak balik awal la masa tu sbb Tok Tih (tok sedara sebelah rumah) nak wat kuar biri biri dia, hampeh, kereta mapuh tgh jalan. Dahla tgh tgh hutan. Ohohoi. Luckily, sep sep yg pegi hantar menantu ada jugak yg nak balik dah. So, bila kereta mapuh tu diorg yg tlg ejas nak wat balik keta n ada keta yg tumpangkan kitorg balik rumah. ALHAMDULILLAH. Inilah org kata hubungan baik sesame manusia. Apa lagi duk sekampung.


Keta umi tu dah kering air dah. Tapi heran jugak cam ne buleh kering sbb Umi dah isi air dlm tangki before gerak. Hemmm, benda nak jadi org kata, kan. Nak geroh. Hehehe. Kalau bukan org Kelantan yg baca ni konpem x paham. Kihkihkih. Sekarang Han xtau status kereta tu cam ne. Huhu.


Kelmarin Han pegi makan gulai dgn Mok Nik. Senior Mok Nik yg kawen. Mok Nik sendiri entah bila nak kawen. Belam belam kelmarin hantar Abengoh n Kakcik pegi sekolah dorg. Hantar Abengoh dulu ar kelmarin sbb dekat je. Kitorg pegi mkn gulai dekat Wakaf Che Yeh. Dekat pukul 4 baru sampai dekat mkn gulai. Dia wat catering gituu. Nasik Bukhari Han makan. Pelik je tp best sbb ada kismis dlm nasik. I like. Hoho.


Lepas siap mkn mkn, kitorg pegi Tutti Frutti. Well, it is my first time mkn benda alah tu. Aiskrim dia ada perisa baru tau. Chipsmore n Pandan. Han amik 3 perisa gabung kelmarin. Vanila, pandan n chipsmore. Lepas tu letak buah strawberry, laici n anggur. Rasa cam nak tabur kismis je tp biarla takut mahal pulak. Lepas tu, pegi hantar kak cik dekat sekolah dia. Dia suruh Ha teman dia pegi bayar yuran asrama. Han pegi je lah. Kejap je pun. Then, Han n Mok Nik balik. On the way balik tu, Han duk men tab mok nik. Hahaha. Online online. Kihkihkih. Mok Nik singgah dekat KFC jugak yg pandu lalu tu. Wat balik ko Abe n Adik. Hoho.

muka hepi balik sekolah

yg ni sakit palo duk mikir ko SPM.

Yeah ! Tutti Frutti

galopsss buleh makang goni weyh.



Okela, nothing more kut. Maybe this month susah kut sikit nak update blog sbb Han nak kena setel hal hal diploma ai tu sikit. Nak kene pegi teganu lagi. Nak test JPJ dah pun. Another two weeks. Huh, Han bedebar dah ni. Okla, daa~

No comments:

Post a Comment