Tuesday, 9 July 2013

10th July 2013 Officially 1 Ramadhan 1434 H

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum. Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad.



Hola guys ! About title kat atas kejap lagi eyyy. Kelmarin, masa tgh masak masak utk lunch, atuk hantar adik kat rumah. Adik habis skul pukul 1. Lepas dia naik rumah, masuk bilik, kuar kat luar rumah, lepas tu dia tanya Han,  " Mana Umi ?" Han ckp, Umi pegi amik Abengoh. Muka dia masam terus. Han pun tanya, nak susu ? Nak pulut ? Sume geleng. Han tanya lagi, nak nasik ? Geleng jugak. Lepas Han siap masak sume, Han tanya lagi, nak susu? Baru dia angguk. Yang x leyh bla nye, angguk geleng je dgn Han. Lepas Umi balik, byk pulak cakap nye. Xda mood kut dgn Han. Hahaha.


Lepas tu, Han pegi siap siap nak semayang Zohor. Lepas kuar toilet, jenguk adik, dah tidur dah. Han pun pegi semayang, lepas siap mkn, tgk tv sambil sembat kaen. Dekat pukul 3 gitu baru adik sedar. Han tanya pulak, nak nasik ? Mesti lapar tuuu. Dia pun angguk. Nak mkn sendiri ke k.long suap ? Makan sendiri. Han pun pegi bubuh. Lepas tu suruh basuh tgn, baca doa tak nak pulak. Eyh, budak ni. Lepas tu, dia pun mkn laaa. Dlm 3.30 gitu baru Umi balik dgn Abengoh.


Semalam Han dgr radio kelantan lepas siap semayang Maghrib n baca Al-Quran. Semalam dah ada pengumuman puasa utk tahun 1434 H. So, officially, Tomorrow, Rabu is 1 Ramadhan 1434 H. So, ada beberapa wish utk puasa. Haha. Sebelum tu... ni haa

 "Barang siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan yakin akan ganjarannya, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang lalu." (H.R. Bukhari & Muslim)


So, Han nak wish, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, Selamat Bersahur, Selamat Berpuasa, Selamat Menunaikan Ibadah, Selamat Menunaikan Zakat Fitrah, Selamat Berbuka Puasa, Selamat Menunaikan Solat Terawih. Selamat lah segala-galanya. Hihihi.


Semalam jugak Han dgr berita tergempar di Kelantan pada hari kelmarin, cikgu PK HEM di SMK Beris, Bachok, ditembak sebanyak 4 das pada pukul 2.30 ptg gitu. Cikgu tu mati di tempat kejadian terus. Innalillahiwainnailaihirajiun. X sempat cikgu tu nak sambut ramadhan tahun ni. Bersyukurlah kita kerana sempat menyambut nye. Alhamdulillah. Tapi at the same time, Han pelik jugak, kenapa ada manusia yg sanggup buat macam tu eh ? Sampai sanggup berbunuh-bunuhan. Nauzubillah.


Hal ini adalah antara tanda-tanda dunia akhir zaman. Han harap kes ni boleh disiasat dgn cepat n yg tembak cikgu tu segera ditangkap n diberi balasan yang setimpal. Mungkin ada org jeles dgn dia kut. Entahlah. Serahkan segalanya kepada ALLAH, kerana Allah sebaik-baik perancang n Dia tahu apa yg tersirat sdgkn apa yg terdetik di hati kita pun ALLAH tahu. Huhu. So, berhati hatilah dgn apa yg kita nak buat n niat utk buat sesuatu mestilah yg baik baik sahaja. Cehhh, bagi ceramah pulak Han ni.


Okaylah, memandangkan esok dah puasa, mlm ni boleh lah semayang sunat terawih. Han nak sgt pegi. Sepanjang duk di teganu, masa sem 5 je byk lah sikit Han pergi terawih kecuali kalau ada test, ada kelas ganti ataupun ada kerja yg segera kena siap. Yela masa sem 5 tu duk kat rumah sewa, masa tu pegi dgn kakak senior yg kacip dgn Han tu. Huhu. Rumah sewa dkt dgn surau. Han duduk tu dekat perumahan. So, kekadang buyi jugaklah mercun kan. Kadang kadang terkeluar jugak perkataan lauhaulawalakuwwataillabillah sbb terkejut. Yang paling best, kalau masa semayang, sampaikan tok imam hampir terkejut. Nak sujud lah lah kot. Allahu 'poooo' bunyi mercun akbar tu jadi lantang dah. Hoho. Kekadang kecut perut jugak dgr. Haha.


So, semoga kita dpt menjalani ibadah puasa dgn penuh makna n sempurna utk tahun ini. Siapa tahu tahun depan kita x blh jumpa dah dgn Ramadhan tahun depan. Kan? Jangan lupa bersahur tau sbb masa kita bersahur tu ada keberkatannya. Sahur jugak macam breakfast kita la. Well, you ols tau kan breakfast is the most important meal in a day. Hee. Semalam Han mimpi Shake tau. Seronoknya lau dpt bersahur n berbuka dgn Shake. Shake semalam tu nampak yummy sgt. Meleleh air liur. Haha. Okeylah, tata you olss.

No comments:

Post a Comment